Inari mencari peluang untuk ceburi industri automotif dan komunikasi optik
Inari Amertron Berhad (INARI) merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan pembuatan barangan elektronik (EMS), pengeluar reka bentuk asal (ODM) peralatan pengukur elektronik dan pelbagai lagi termasuk pembuatan cip dan pemasangan serta pengujian semikonduktor luar (OSAT).
Syarikat ini telah berkembang secara global dan rangkaian perniagaan mereka termasuklah di negara seperti:-
- China
- Filipina
- Singapura
Syarikat ini telah disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia sejak tahun 2011 dan kini mempunyai nilai pasaran sekitar RM9.81 bilion.
Baru-baru ini, pihak pengurusan syarikat ini mencadangkan untuk melakukan private placement pada mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 25 November 2020 dan ianya telah dipersetujui oleh pemegang saham syarikatnya.
Private Placement Inari Dianggar Bernilai Sekitar RM1.07 Bilion
Sumber: The Star
Pada AGM yang lalu, pihak pengurusan Inari telah mencadangkan untuk menerbitkan sebanyak 333 juta saham baru menerusi private placement. Saham baru ini merupakan 10% daripada jumlah keseluruhan saham Inari yang sedia ada.
Para pemegang saham telah bersetuju dengan usul terbitan private placement ini dan kini hanya menunggu kelulusan daripada pihak Bursa Malaysia yang dijangka akan mengambil masa sekitar 6 bulan daripada tarikh permohonan.
Apa Tujuan Private Placement Ini?
Private placement ini dijangka akan diterbitkan pada harga RM3.20 seunit berdasarkan purata harga pasaran untuk 5 hari terkini ketika cadangan ini dilakukan.
Pihak pengurusan menjangkakan syarikat bakal memperolehi dana tambahan sebanyak RM1.07 bilion daripada terbitan saham baru menerusi private placement ini. Antara tujuan penggunaan dana ini adalah seperti:
- Capital expenditure
- Pengambilalihan syarikat
- Pelaburan
Melihat kepada potensi industri semikonduktor dan pelanggan barunya yang akan meningkatkan permintaan perkhidmatan OSAT, Inari mengambil inisiatif untuk melabur bagi mengembangkan perniagaannya dari sudut tambahan kilang dan alatan pengeluaran untuk memenuhi permintaan pelanggan barunya nanti.
Oleh itu, pihak pengurusan Inari yakin bahawa dana tambahan bagi menampung perbelanjaan syarikat untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ini merupakan keperluan kepada syarikat.
Syarikat ini juga mencari peluang untuk menceburi perniagaan baru dengan dana tambahan yang diperolehi.
Inari Merancang Pelbagaikan Perniagaan Syarikat
Sementara radio-frequency (RF) merupakan penyumbang pertumbuhan Inari di samping peningkatan pengeluaran telefon pintar dengan sokongan 5G yang juga menyumbang kepada pendapatan syarikat, pihak pengurusan Inari juga mencari peluang untuk menceburi perniagaan dalam industri automotif dan komunikasi optik.
Untuk industri automotif, syarikat ini cenderung untuk menceburi industri kenderaan elektrik yang mendapat tempat dan permintaan yang tinggi hari ini.
Inari juga melihat peluang dalam industri rangkaian fiber dan pembangunan data raya untuk industri komunikasi optik.
Apa Kata Penganalisa Pasaran Terhadap Saham Inari?
Penganalisa daripada CGS-CIMB, Mohd Shanaz Noor Azam mensasarkan saham Inari akan meningkat sehingga RM3.90 sesaham berdasarkan kepada kajian yang beliau lakukan.
Sasaran harga ini juga bergantung kepada permintaan cip RF yang tinggi, pelanggan baru yang bakal diperolehi, kekuatan matawang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika dan beberapa perkara lain akan mempengaruhi sasaran harga saham ini.
Sumber rujukan: CGS-CIMB
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)