• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Urus niaga di Bursa Malaysia kekal rendah pada sesi dagangan tengah hari kerana kekurangan pemangkin positif untuk merangsangkan pasaran.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 14.11 mata kepada 1,577.21 berbanding penutupan semalam iaitu 1,591.32.

Indeks utama yang dibuka lemah 0.23 mata pada 1,591.22, berlegar antara 1,576.05 dan 1,591.32 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 714 berbalas 186 dengan 364 kaunter tidak berubah, 940 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.71 bilion unit bernilai RM1.36 bilion.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove naik satu sen kepada RM5.35 sementara Maybank turun lima sen kepada RM8.34, Public Bank susut satu sen kepada RM4.18, Petronas Chemicals merosot 13 sen kepada RM7.99 dan TNB serta IHH Healthcare masing-masing lemah enam sen kepada RM9.93 dan RM5.29.

Bagi saham cergas, Focus Dynamics dan Green Ocean naik setengah sen, masing-masing kepada 6.5 sen dan 4.5 sen, Tuju Setia yang mula disenaraikan di Pasaran Utama melonjak 13.5 sen kepada 83.5 sen, Censof naik 5.5 sen kepada 41 sen, Dagang Nexchange dan UCrest masing-masing turun 3.5 sen kepada 73.5 sen dan 33.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 107.13 mata kepada 11,498.02, Indeks FBMT 100 merosot 98.38 mata kepada 11,181.98, Indeks FBM Emas Syariah susut 121.18 mata kepada 12,808.19, FBM ACE berkurangan 51.27 mata kepada 7,766.33 dan FBM 70 rugi 124.26 mata kepada 14,850.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 95.34 mata kepada 14,916.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 3.44 mata kepada 192.58 dan Indeks Perladangan merosot 46.72 mata kepada 6,913.94.

— BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In