CANSLIM merupakan sebuah kaedah yang diperkenalkan oleh William J. O’Neil untuk pelabur meraih pulangan yang lumayan dalam pelaburan saham ketika pasaran berada dalam keadaan Bullish.
CANSLIM ini merupakan kata-kata kunci untuk kita gunakan bagi menilai kualiti syarikat sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kali ini, kita akan menggunakan kaedah CANSLIM untuk membantu kita membuat kajian ke atas syarikat NVIDIA Corporation (NVDA).
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Latar Belakang NVIDIA Corporation (NVDA)
Nvidia Corporation (NVDA) merupakan syarikat yang berada dalam industri perkakas komputer. Syarikat ini fokus kepada penghasilan barangan komputer seperti:-
- grafik komputer persendirian,
- graphics processing unit (GPU),
- artificial intelligence (AI).
Syarikat ini beroperasi melalui dua segmen yang berbeza iaitu segmen GPU dan segmen Tegra Processor untuk kelancaran operasi syarikat secara menyeluruh.
Nilai pasaran terkini NVDA adalah USD368.76 USD485 bilion dan harga seunit saham NVDA adalah sekitar USD592.00 USD194.
Baca: 8 Fakta Menarik Tentang NVIDIA Corporation (NVDA)
Jom kita kaji kaunter NVDA ini dengan menggunakan kaedah CANSLIM.
C- Current Earnings NVIDIA
Salah satu cara untuk kita menilai kualiti pendapatan sesebuah syarikat adalah dengan melihat pertumbuhan perolehan syarikat yang terkini.
Kita boleh mengukur pertumbuhan pendapatan bersih syarikat untuk suku tahunan terkini dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Sumber: Investing.com
Keuntungan bersih suku terkini untuk NVDA adalah sebanyak USD1.46 bilion, dan keuntungan bersih syarikat ini meningkat secara konsisten untuk empat suku berturut-turut.
Pertumbuhan pendapatan yang positif ini adalah perkara yang sangat baik kepada syarikat kerana ini menandakan bahawa NVDA tidak mempunyai masalah untuk menjana pendapatan.
A- Annual Earnings NVIDIA
Seterusnya, kita melihat kepada perolehan syarikat secara tahunan. Kita perlu melihat pendapatan bersih tahunan sesebuah syarikat sebagai kayu ukur prestasi pendapatan tahunan.
Sumber: Investing.com
Pendapatan bersih tahunan NVDA meningkat secara konsisten untuk empat tahun terkini bermula daripada tahun 2017 kecuali pada tahun 2020.
NVIDIA merekodkan keuntungan bersih pada tahun 2021 sebanyak USD4.33 bilion, meningkat lebih daripada 50% berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2020.
N- News, New High, New Management
News atau berita terkini secara langsung atau tidak langsung mampu menjadi pemangkin kepada sesebuah syarikat.
Harga saham yang tertinggi atau New High yang dicatatkan oleh saham sesebuah syarikat adalah merupakan faktor penting.
Seterusnya, pertukaran pentadbiran syarikat dan pihak pengurusan juga penting dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat bagi tempoh jangka masa panjang.

Sumber: Investing.com
Pada 30 Julai 2021, berita tentang pemilikan syarikat pengkomputeran ARM yang bakal diambil alih oleh NVIDIA terpaksa ditunda. Penundaan ini adalah kerana pihak penguat kuasa China masih belum mulakan penyelidikan dan penilaian tentang penjualan syarikat ARM daripada Softbank kepada NVIDIA.
S- Supply and Demand
Permintaan dan penawaran jumlah saham di pasaran adalah penting untuk menentukan pergerakan harga sesebuah saham.
Jumlah unit saham yang didagangkan ini menentukan sama ada harga saham itu mudah atau sukar untuk turun naik berdasarkan permintaan semasa.
Justeru, jumlah unit saham NVDA yang didagangkan telah meningkat sebanyak 4 kali ganda daripada 622 juta kepada 2.492 bilion seelpas aktiviti share split yang dilakukan pada 20 Julai 2020.
Untuk kita mengetahui sama ada jumlah ini adalah banyak atau tidak, kita perlu membandingkannya dengan syarikat-syarikat pesaing lain yang berada di dalam sektor yang sama.

Sumber: Investing.com
Nota : Jumlah dagangan ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut dagangan semasa.
Gambar di atas menunjukkan jumlah dagangan harian NVDA lebih rendah daripada jumlah purata dagangan saham syarikat ini selama tiga bulan terkini.
Jumlah dagangan yang rendah ini bermakna tumpuan pelabur belum tertumpu kepada saham syarikat ini.
L- Leader and Laggard
Leader dan laggard ini adalah untuk kita tentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah industri berkenaan.
Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah leader atau laggard, adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks sektor yang terlibat.
Sumber: Trading View
Pergerakan harga saham NVDA (Biru) adalah lebih tinggi berbanding dengan pergerakan indeks S&P 500 (Oren) dan indeks Nasdaq (Hijau).
Oleh yang demikian, saham NVDA boleh dikategorikan sebagai leader berbanding pesaingnya yang lain yang tersenarai di pasaran saham Wall Street.
Kaedah lain pula adalah dengan membandingkan modal pasaran syarikat ini dengan pesaingnya yang lain.
Jadi, berdasarkan modal pasaran, adakah NVDA masih merupakan leader berbanding syarikat lain di Wall Street?
I- Institutional Investor
Institutional Investor merupakan kumpulan institusi kewangan yang mempunyai modal pelaburan yang besar seperti:
Antara pelabur institusi yang lain adalah seperti Mutual Fund, Bank Pelaburan, Syarikat Takaful/Insurans dan yang lain-lain.
Sumber: Yahoo Finance
Bagi syarikat NVDA, antara pemegang saham utama syarikat ini adalah seperti:-
Institusi pelaburan memegang hampir 68.5% pegangan saham syarikat ini dan lebih daripada 3,152 pelabur institusi melabur dalam saham syarikat ini.
M- Market Direction
Market direction ini sangat penting kerana kaedah ini hanya akan berkesan ketika pasaran sedang berada dalam keadaan bullish atau menaik.
Kaedah ini kurang sesuai digunakan ketika pasaran berada dalam fasa menurun.

Sumber: TradingView
Arah pergerakan saham kaunter ini dilihat membuat pertukaran daripada fasa kenaikan kepada fasa kenaikan.
Di fasa kenaikan atau dikenali sebagai fasa mark-up ini, pelabur mempunyai potensi untuk meraih keuntungan dengan lebih tinggi berbanding kerugian.
Kajian di atas adalah contoh cara penggunaan strategi CANSLIM dalam pemilihan saham sebelum kita membuat keputusan untuk melabur ke dalam sesebuah syarikat.
Baca: 9 Fakta Menarik Tentang NVIDIA Corporation
Kaedah ini digunakan oleh pengurus dana dan juga pelabur-pelabur yang berjaya. Jika mereka juga menggunakan kaedah ini, mengapa tidak kita?
Sebenarnya ada screener yang senang untuk kita memilih saham mengikut kriteria CANSLIM ini. Semuanya akan diterangkan dalam Webinar Saham Wall Street nanti.

Tahukah anda bahawa harga saham NVIDIA telah meningkat sebanyak 61% dalam masa setahun?
Kos nak beli seunit saham NVIDIA sekarang adalah USD194 atau lebih kurang RM818 (tak termasuk brokerage fee).
Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street
Sebelum ini kami juga hanya melabur di Bursa Malaysia. Adalah lebih baik jika kita pelbagaikan instrumen pelaburan. Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya.
Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL?
Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:
- KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
- ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
- EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
- LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
- MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%
Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.
Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.
Cuma kena lah ingat High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)