Asyik baca tentang jerung (pelabur institusi) tempatan sahaja. Mesti nak tahu tentang jerung dekat Wall Street pula kan?
Sumber: pxfuel
Sekiranya anda berminat dengan jerung di Wall Street, anda mungkin berminat untuk berkenalan dengan Vanguard Group.
Vanguard merupakan salah sebuah syarikat pelaburan terbesar di dunia dan menawarkan banyak pilihan dana pelaburan.
Sumber: Business.com
Mula beroperasi pada 1 Mei 1975, ibu pejabat syarikat ini terletak di Valley Forge, Pennsylvania Amerika Syarikat.
Pada 1975, Vanguard hanya memiliki dana sebanyak USD1.7 bilion dan kini aset yang diuruskan oleh syarikat ini adalah sebanyak USD7.3 trilion.
Jika dah ada jumlah aset yang besar sudah tentu pelaburnya ramai juga kan? Vanguard mempunyai seramai 30 juta orang pelabur di serata dunia. Perkara inilah yang menyebabkan syarikat tersebut mampu memiliki dana yang sangat besar.
Sumber: Vanguard
Syarikat ini menawarkan sebanyak 209 dana dalam Amerika Syarikat dan sekitar 232 dana di luar negara Amerika.
Nak tahu siapa pemilik Vanguard Group?
Baca : Who Are the Owners of Vanguard Group?
Kita telah berkenalan serba sedikit dengan Vanguard Group Inc. Sekarang tiba masanya untuk berkenalan dengan Top 10 Saham Pegangan Vanguard Group.
1. Apple Inc (AAPL)
Sumber: OrissaPost
Pegangan terbesar Vanguard adalah dalam saham Apple dengan jumlah sebanyak 1.255 bilion unit saham. Nilai pegangannya dalam saham Apple adalah sebanyak USD166.55 bilion.
Apple merupakan saham terbesar dalam Nasdaq sejak 1986 dan masih lagi menduduki tempat teratas sehingga ke hari ini. Malah ia juga mengatasi syarikat gergasi lain seperti Microsoft, Amazon, Facebook, Google, Berkshire Hathaway dan lain-lain.
Baca: 7 Fakta Menarik Saham Apple
Kekuatan syarikat Apple dari sudut pendapatan, keuntungan bersih, aliran tunai dan permintaan tinggi terhadap saham Apple dari pelabur seluruh dunia sudah pasti menjadi penyebab Vanguard melabur sebahagian besar dananya ke dalam saham ini.
2. Microsoft Corporation (MSFT)
Sumber: Logos World
Pegangan kedua terbesar Vanguard adalah dalam saham Microsoft dengan jumlah sebanyak 614.10 juta unit saham. Nilai pegangannya dalam saham Apple adalah sebanyak USD136.59 bilion.
Siapa yang tak kenal dengan Microsoft? Microsoft adalah perisian yang wajib ada dalam setiap komputer dan komputer riba. Bayangkan berapa banyak komputer yang ada di dunia ini dan menggunakan Mircosoft.
Perkara inilah yang membuatkan pengasasnya iaitu Bill Gates pernah menjadi manusia terkaya di dunia.
3. Amazon.com Inc (AMZN)
Sumber: Logo
Pegangan ketiga terbesar Vanguard adalah dalam saham Amazon dengan jumlah sebanyak 32.44 juta unit saham. Nilai pegangannya dalam saham Amazon adalah sebanyak USD105.64 bilion.
Amazon merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional yang berpusat di Seattle, Washington menumpukan pada perniagaan seperti e-dagang, pengkomputeran awan, penstriman digital dan artificial intelligence.
Syarikat ini pada awalnya diasaskan oleh Jeff Bezos bertujuan untuk menjual buku namun tidak lama kemudian berkembang menjadi pusat beli belah barangan secara atas talian.
Menurut screener Islamicly, saham Amazon adalah tidak patuh syariah.
4. Facebook Inc (FB)
Sumber: cnet
Pegangan keempat terbesar Vanguard adalah dalam saham Facebook dengan jumlah sebanyak 182.86 juta unit saham. Nilai pegangannya dalam saham Facebook adalah sebanyak USD49.95 bilion.
Facebook adalah laman rangkaian sosial yang memudahkan orang ramai berhubung dengan keluarga dan rakan dalam talian.
5. Tesla Inc (TSLA)
Sumber: Fortune
Pegangan kelima terbesar Vanguard adalah dalam saham Tesla dengan jumlah sebanyak 57.81 juta unit saham. Nilai pegangannya dalam saham Tesla adalah sebanyak USD40.80 bilion.
Anda mungkin terfikir yang Elon Musk merupakan pengasas Tesla. Sebenarnya, Elon Musk bukanlah pengasas syarikat yang menghasilkan kenderaan elektrik ini. Sebaliknya Tesla ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Martin Eberhard dan Marc Tarpenning.
Baca : History of Tesla: Timeline and Facts
Kini Tesla terkenal sebagai antara pengeluar kenderaan elektrik utama di dunia.
6. Alphabet Inc – Class A (GOOGL)
Sumber: Pinterest
Pegangan Vanguard dalam saham Google (Class A) adalah sebanyak 22.84 juta unit saham. Nilai pegangannya dalam saham Google (Class A) adalah sebanyak USD40.03 bilion.
Google LLC merupakan sebuah syarikat multinasional Amerika yang mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan dan produk berkaitan Internet yang merangkumi teknologi iklan dalam talian, enjin carian, pengkomputeran awan, perisian dan hardware.
7. Alphabet Inc – Class C (GOOG)
Sumber: Dazeinfo
Pegangan Vanguard dalam saham Google (Class C) adalah sebanyak 21.63 juta unit saham. Nilai pegangannya dalam saham Google (Class C) adalah sebanyak USD37.90 bilion.
Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa Google mempunyai dua saham berbeza kan?
Jawapannya adalah stock split. Namun, antara sebab pengasas Google memecahkan saham Google adalah untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh mereka dalam syarikat.
Perbezaan saham Alphabet Class A dan saham Alphabet Class C adalah :
- Alphabet Class A sama seperti saham yang biasa iaitu mempunyai hak untuk mengundi di AGM.
- Alphabet Class C pula bermaksud pemegang saham ini tiada hak untuk mengundi di AGM.
- Terdapat juga saham Alphabet Class B, namun saham ini tidak diperdagangkan di pasaran awam.
8. Johnson & Johnson (JNJ)
Sumber: Vox
Pegangan Vanguard dalam saham Johnson & Johnson adalah sebanyak 227.95 juta unit saham. Nilai pegangannya dalam saham Johnson & Johnson adalah sebanyak USD35.87 bilion.
Johnson & Johnson merupakan sebuah syarikat Amerika yang ditubuhkan pada tahun 1886. Perniagaan syarikat adalah untuk membangunkan peralatan perubatan, farmaseutikal dan produk-produk kesihatan.
Johnson & Johnson turut terlibat dalam menghasilkan vaksin Covid-19 jenama syarikat itu sendiri.
9. Berkshire Hathaway Inc (BRK.B)
Sumber: CNBC/Gerard Miller
Kalau anda kenal Warren Buffet mesti anda kenal Berkshire Hathaway kan?
Pegangan Vanguard dalam saham Berkshire Hathaway adalah sebanyak 135.79 juta unit saham. Nilai pegangannya dalam saham Berkshire Hathaway adalah sebanyak USD34.69 bilion.
Berkshire Hathaway adalah syarikat induk kepada pelbagai jenis syarikat seperti GEICO dan Fruit of the Loom. Pada awalnya Berkshire Hathaway adalah sebuah kilang tekstil.
Saham Berkshire Hathaway adalah tidak patuh syariah.
Pada masa ini, saham Berkshire Hathaway Class A adalah saham yang paling mahal iaitu USD424,840 sesaham.
10. Visa Inc (V)
Sumber: CNBC
Pegangan Vanguard dalam saham Visa adalah sebanyak 144.09 juta unit saham. Nilai pegangannya dalam saham Visa adalah sebanyak USD31.52 bilion.
Visa adalah syarikat pembayaran digital yang menyediakan transaksi antara institusi kewangan, pengguna, peniaga, dan bank. Sebahagian besar pendapatan Visa datangnya daripada operasi pemprosesan data syarikat.
Perkara yang menarik mengenai Visa Inc ialah saham ini berstatus patuh syariah. Kebiasaannya, kebanyakan syarikat yang terlibat dengan sektor kewangan & perbankan adalah tidak patuh syariah.
Menurut Islamily, saham Visa Inc adalah patuh syariah.
Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street
Nak belajar buat duit dalam USD?
Nak pulangan 40%, 100%? 200%?
Wall Street adalah jawapannya.
Sekejap, saham-saham dekat US tu MAHAL?
Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:
- KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
- ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
- EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
- LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
- MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%
Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian.
Saham BTBT naik sehingga 5,382% pada awal 2021, saham BEEM naik mencecah 2,161% pada penghujung 2020.
Jangan nampak yang sedap saja. Kena ingat High Risk, High Return.
Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Kami boleh bantu.
E-BOOK – Dari Malaysia Ke Wall Street

Ebook ini sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang pada harga Early Bird, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




