Dalam mana-mana instrumen pelaburan, pasti ada risiko untuk mengalami kerugian. Apa yang terjadi pada FBM KLCI sepanjang bulan April 2021?
“Rugi itu pasti untung itu wajib”
FBM KLCI dibuka pada paras 1579.97 mata pada 1 April 2021 dan ditutup pada paras 1601.65 pada penghujung bulan April 2021.
Kenaikan yang dibuat sepanjang bulan April adalah sebanyak 21.68 mata.
FBM KLCI dilihat masih lagi bergelut untuk melepasi paras psikologi 1600 mata dan seringkali jatuh di bawah paras ini. Seolah-olah ada magnet yang menarik FBM KLCI ke bawah semula setiap kali FBM KLCI berjaya melepasi paras 1600 mata tersebut.
Jom lihat senarai Top 10 saham patuh syariah paling rugi bulan April 2021.
Daripada 10 saham patuh syariah paling rugi April 2021 ini, kami akan kongsikan secara terperinci mengenai 3 saham daripada sektor yang berlainan.
- Macpie Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Pengguna)
- Meridian Berhad (Sektor Hartanah)
- Komarkcorp Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Industri)
1. Macpie Berhad (MACPIE) (0140)
Macpie Berhad sebuah syarikat yang memiliki banyak anak syarikat yang terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan seperti pengurusan acara, pengurusan peruncitan dan pengedaran serta lain-lain.
Tahukah anda bekas pemain badminton negara iaitu Koo Kien Keat merupakan pengarah eksekutif Macpie Berhad?
Ulasan Mengenai Saham Macpie
- Macpie Berhad telah mengalami kerugian sejak tahun 2014 lagi. Meskipun kerugian syarikat semakin berkurangan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang positif bagi kewangan syarikat.
- Baru-baru ini, Macpie telah membuat bonus issue dan memberikan 1 waran percuma bagi setiap 2 saham yang dipegang para pelabur.
- Pada bulan Mac 2021, berlaku kenaikan harga saham Macpie secara mendadak dan paras tertinggi yang dicapai Macpie adalah RM0.85.
- Shooting star terbentuk pada 22 Mac 2021 menandakan akan berlakunya perubahan trend.
- Sejak daripada itu, berlakunya sesi jualan saham Macpie dan menyebabkan harga saham ini kini hanya 9.5 sen.
- Kerugian yang besar mungkin sedang ditanggung para pelabur sekiranya tidak menjual saham ini ketika reversal candlestick telah muncul pada carta.
2. Meridian Berhad (MERIDIAN) (5040)
Meridian Berhad adalah sebuah syarikat dalam sektor hartanah yang mendapat aspirasi daripada projek MTC (Malaysia Tourism City). Kebanyakan projeknya terdiri daripada projek perumahan, kondominium dan kompleks membeli belah. Di antara projek Meridian yang sedang dijalankan adalah:
Ulasan Mengenai Saham Meridian
- Ketika kejatuhan harga saham Meridian sepanjang bulan April, saham tersebut berada pada fasa “mark down” iaitu fasa yang wajib dielakkan para pelabur.
- Kejatuhan tersebut menyebabkan penurunan sebanyak 50% daripada RM0.355 kepada RM0.170.
- Berdasarkan carta, Meridian telah melengkapkan kesemua 4 fasa dalam saham dan kini sedang membuat fasa yang baru di fasa pengumpulan (accumulation).
- Adakah saham ini boleh dibeli? Jawapannya tidak kerana kita tidak akan tahu berapa lama fasa pengumpulan ini akan berterusan.
- Kebanyakan projek Meridian terlibat dengan projek perumahan, pelancongan, pasar raya dan taman tema air. Oleh kerana sektor pelancongan menerima impak negatif buat ketika ini, ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi prestasi kewangan syarikat.
3. Komarkcorp Berhad (KOMARK) (7017)
Komark ditubuhkan pada tahun 1975 dan sejak itu berkembang menjadi penyedia penyelesaian label pelekat bertaraf dunia. Selain menjadi pembekal label pelekat, Komark turut menyediakan penyelesaian pembungkusan dan mesin pelabelan automatik ke pasaran domestik dan antarabangsa.
Antara penyelesaian pembungkusan dan mesin yang disediakan oleh Komarkcorp adalah seperti smart labels (RFID), tag & label penerbangan, label fabrik, label kontrak, pencetak dan pengimbas kod bar serta banyak lagi.
Gambar rajah di bawah merupakan antara contoh produk-produk yang menggunakan label yang dihasilkan oleh Komarkcorp.
Ulasan Mengenai Saham Komarkcorp
- Komarkcorp dikategorikan di bawah sektor perkhidmatan dan produk industri dan sub sektornya adalah sektor pembungkusan barangan.
- Sektor pembungkusan boleh dianggap sebagai sektor defensif kerana orang ramai masih memerlukan servis & produk sektor ini di semua fasa kitaran perniagaan.
- Bilangan jumlah saham Komark yang terapung adalah hanya sebanyak 481.13 juta unit lalu menjadikan saham ini dianggap ringan.
- Syarikat ini bagaimanapun mengalami kerugian selama 15 suku berturut-turut.
- Laporan kewangan terkini menunjukkan Komark telah merekodkan perolehan sebanyak RM9.7 juta namun mengalami kerugian sebanyak RM2.93 juta.
- Mungkin ramai yang tidak mengetahui Komarkcorp turut mengeluarkan pelitup muka dan telah pun mendapat kelulusan untuk mengeksport sebanyak 48 juta pelitup muka tiga lapis gred perubatan ke negara Amerika.
Baca: Komarkcorp terima tempahan pelitup muka dari AS
- Tempahan ini dianggarkan bernilai sekitar USD4.8 juta dan pihak syarikat menjangkakan permintaan akan terus meningkat untuk 12 bulan yang akan datang.
- Dari sudut teknikal, Komark kini masih meneruskan kejatuhan dan sedang berada dalam fasa Mark Down.
- Komark dijangka akan mencari paras sokongan di sekitar 8.5 sen dan akan membuat fasa yang baru pula iaitu fasa pengumpulan.
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!
Dapatkan eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)