• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Urus Niaga Di Bursa Malaysia Berubah Menjadi Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Urus Niaga Di Bursa Malaysia Berubah Menjadi Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia berubah menjadi rendah pada sesi urus niaga tengah hari dengan sentimen pasaran agak berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2021 oleh Bank Negara Malaysia pada Selasa, 11 Mei.

Pada waktu rehat, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.49 mata kepada 1,586.96 daripada 1,587.45 pada penutupan minggu lepas.

Indeks utama dibuka 0.03 mata lebih tinggi kepada 1,587.48 pagi ini selepas bergerak antara 1,585.74 dan 1,591.52 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran lemah dengan kaunter rugi mengatasi untung 667 berbalas 347 sementara 390 kaunter tidak berubah, 766 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.21 bilion bernilai RM1.83 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen berhati-hati di pasaran mungkin berterusan di sepanjang minggu urus niaga yang singkat ini dengan para pelabur menantikan pengumuman kadar pertumbuhan KDNK suku pertama 2021 yang dijangka masih lemah disebabkan persekitaran yang terjejas oleh COVID-19.

“Namun begitu, peniaga juga akan memberi tumpuan kepada komoditi yang kini dalam trend menaik seperti minyak sawit mentah (MSM) yang melonjak lebih daripada 5.0 peratus minggu lepas serta harga minyak Brent yang agak tinggi pada ketika ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Firma penyelidikan itu menjangkakan indeks utama bergerak dalam julat kecil dengan paras sokongan ditetapkan antara 1,555 dan 1,565 sementara halangan antara 1,600 dan 1,620.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM8.24 dan RM4.10 sementara PetChem susut lima sen kepada RM8.25.

Tenaga naik dua sen kepada RM9.92 dan IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM5.69.

Bagi saham aktif, Focus Dynamics turun setengah sen kepada sembilan sen, KTG menyusut 1.5 sen kepada 21 sen, Sedania naik 3.5 sen kepada 34.5 sen sementara Tanco menambah satu sen kepada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 17.42 mata kepada 11,640.2, Indeks FBMT 100 lebih rendah 16.37 mata pada 11,298.01, Indeks FBM Emas Syariah merosot 18.56 mata kepada 13,059.27, FBM ACE jatuh 33.67 mata kepada 8,292.86 dan FBM 70 kerugian 71.99 mata kepada 15,187.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 7.26 mata kepada 14,796.36, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.3 mata kepada 200.24 tetapi Indeks Perladangan meningkat 87.77 mata kepada 7,185.26.

– BERNAMA

Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In