• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Urus Niaga Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih kukuh, disokong oleh kegiatan membeli semasa harga saham murah membabitkan kaunter berwajaran tinggi.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.31 mata kepada 1,579.64 daripada 1,578.33 ketika ditutup pada urus niaga petang Khamis.

Indeks utama dibuka 0.34 mata lebih tinggi pada 1,578.67 dan bergerak antara 1,573.40 dan 1,586.02 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 551 berbalas 375 manakala 442 kaunter tidak berubah, 810 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 3.06 bilion bernilai RM1.73 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, harga tembaga Amerika Syarikat meningkat melepasi paras US$10,000 dan ini mencetuskan minat belian di kaunter berkaitan logam.

“Selain itu, sektor perladangan mungkin menjadi perhatian berikutan pengukuhan harga minyak sawit mentah yang kini mengatasi paras RM4,200,” katanya dalam catatan hari ini.

Trend kenaikan bursa tempatan juga seiring dengan pasaran serantau kerana Indeks Nikkei Jepun meningkat 0.13 peratus kepada 29,368.15, Indeks Hang Seng Hong Kong mengukuh 0.52 peratus kepada 28,787.11, Indeks Straits Times Singapura mengembang 0.68 peratus kepada 3,194.70 dan Kospi Korea Selatan menambah 0.64 peratus kepada 3,199.23.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.27, Public Bank tidak berubah pada RM4.09 dan PetChem meningkat dua sen kepada RM8.21.

Bagi saham aktif, Focus Dynamics dan UCrest masing-masing naik satu sen kepada 10 sen dan 36 sen, sementara Vizione turun satu sen kepada 23.5 sen dan TA Win berkurangan setengah sen kepada 16 sen.

Antara kaunter yang untung pula, Widetec meningkat 49 sen kepada RM2.15, Timberwell menambah 26.5 sen kepada 96.5 sen dan BAT menokok 22 sen kepada RM14.72.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 23.89 mata kepada 11,620.06, Indeks FBMT 100 meningkat 16.80 mata pada 11,272.53, Indeks FBM Emas Syariah untung 17.71 mata kepada 13,011.55, FBM ACE melonjak 94.75 mata menjadi 8,370.51 dan FBM 70 naik 51.49 mata kepada 15,256.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 52.83 mata kepada 14,821.46, Indeks Perladangan meningkat 36.37 mata kepada 7,028.73 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri mengembang 1.07 mata kepada 199.75.

– BERNAMA

Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In