• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Minggu Ini Positif

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Sokongan belian yang berterusan di kaunter penjagaan kesihatan, produk perindustrian dan perkhidmatan yang terpilih mendorong Bursa Malaysia untuk mengakhiri minggu ini positif, dengan indeks petunjuk pasaran naik 0.58 peratus.

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.12 mata kepada 1,587.45 daripada 1,578.33 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi 0.34 mata kepada 1,578.67 dan bergerak antara 1,573.40 dan 1,590.04 sepanjang hari.

Suasana pasaran secara keseluruhannya positif berikutan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 627 berbanding 426, manakala 458 kaunter tidak berubah, 667 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 5.39 bilion saham bernilai RM3.41 bilion daripada 6.20 bilion saham bernilai RM4.6 bilion pada Khamis.

Kaunter penjagaan kesihatan — terutamanya pengeluar sarung tangan getah — terus didorong oleh kenaikan kes COVID-19, di peringkat tempatan dan luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata Malaysia merekodkan 4,498 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes kumulatif COVID-19 di dalam negara kini berjumlah 432,425 kes.

Top Glove menambah 20 sen kepada RM5.26, Hartalega naik 31 sen kepada RM9.56, IHH meningkat lima sen kepada RM5.66, Supermax menokok sembilan sen kepada RM4.96, Careplus naik 18 sen kepada RM2.41 dan Kossan Rubber meningkat 17 sen kepada RM4.19.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata FBM KLCI ditutup tinggi 0.6 peratus pada Jumaat berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah, terutamanya di kaunter sarung tangan getah.

Ini mendorong indeks penjagaan kesihatan Bursa Malaysia kepada 2.3 peratus, menjadikannya kaunter paling untung, dari segi sektor.

“Sentimen secara keseluruhannya agak positif, didorong oleh berita bahawa eksport China meningkat tanpa dijangka, manakala pertumbuhan importnya telah mencecah paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing naik satu sen kepada RM8.24 dan RM4.10, manakala PetChem menambah 11 sen kepada RM8.30 dan TNB susut dua sen kepada RM9.90.

Daripada saham cergas, Focus Dynamics meningkat setengah sen kepada 9.5 sen, Vizione merosot 1.5 sen kepada 23 sen, UCrest berkurangan setengah sen kepada 34.5 sen dan Tanco naik satu sen kepada 11 sen.

Dalam kalangan kaunter untung, Cycle & Carriage naik 59 sen kepada RM3.00, Widetec menambah 49 sen kepada RM2.15, Adventa meningkat 40 sen kepada RM2.08 dan KLK menokok 32 sen kepada RM22.52.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 61.46 mata kepada 11,657.62, Indeks FBMT 100 meningkat 58.65 mata kepada 11,314.38, Indeks FBM Emas Shariah menambah 83.99 mata kepada 13,077.83, FBM ACE naik 50.77 mata kepada 8,326.53 dan FBM 70 meningkat 54.62 mata kepada 15,259.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 34.99 mata kepada 14,803.62, Indeks Perladangan naik 105.13 mata kepada 7,097.49 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.86 mata kepada 200.54.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 3.70 bilion saham bernilai RM2.80 bilion daripada 3.93 bilion saham bernilai RM3.79 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran susut kepada 304.65 juta unit bernilai RM45.83 juta daripada 412.76 juta unit bernilai RM45.83 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 1.38 bilion saham bernilai RM582.26 juta daripada 1.86 bilion saham bernilai RM615.97 juta semalam.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 480.41 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.55 bilion), pembinaan (244.30 juta), teknologi (316.34 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (38.06 juta), hartanah (293.11 juta), perladangan (229.01 juta), REIT (4.73 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (145.36 juta), penjagaan kesihatan (124.91 juta), telekomunikasi dan media (52.72 juta), pengangkutan dan logistik (208.97 juta) dan utiliti (13 juta).

— BERNAMA

Share269ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In