Korang untung ke rugi bulan April yang lepas?
Seperti yang kita semua tahu, FBM KLCI masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda kebangkitan yang meyakinkan sejak kejatuhan pasaran saham pada tahun lepas.
Nak tahu apa yang terjadi pada FBM KLCI sepanjang bulan April 2021?
Sumber: Trading View
FBM KLCI dibuka pada paras 1579.97 mata pada 1 April 2021 dan ditutup pada paras 1601.65 pada penghujung bulan April 2021.
Kenaikan yang dibuat sepanjang bulan April adalah sebanyak 21.68 mata.
Nak tahu Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Bulan April 2021? Jom lihat gambar rajah di bawah.
Sumber: Majalah Labur
Daripada 10 saham patuh syariah paling untung bulan April 2021 ini, kami akan kongsikan secara terperinci mengenai 3 saham daripada sektor yang berlainan. Saham tersebut adalah:
- Transocean Holdings Berhad (TOCEAN) (Sektor Pengangkutan & Logistik)
- Adventa Berhad (ADVENTA) (Sektor Penjagaan Kesihatan)
- Tashin Holdings Berhad (TASHIN) (Sektor Besi)
1.Transocean Holdings Berhad (TOCEAN) (7218)
Sumber: Tocean
Transocean Group adalah syarikat pengangkutan dan logistik terkemuka di Malaysia dan menyediakan perkhidmatan dalam pengangkutan darat, udara dan laut. Selain itu, syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan gudang, logistik, kastam, perkhidmatan penghantaran dan perkhidmatan pengangkutan kontena.
Ulasan Mengenai Saham TOCEAN
a. Satu perkara yang unik mengenai saham Tocean adalah bilangan saham yang terapung bagi saham ini hanyalah sebanyak 45.10 juta unit. Ia menjadikan saham ini sangat ringan dan volatile.
Sumber: malaysiastock.biz
b. Dari sudut fundamental, syarikat ini tidak memiliki prestasi kewangan yang baik.
Sumber: malaysiastock.biz
c. Syarikat ini lebih banyak mencatatkan kerugian berbanding keuntungan sejak tahun 2017.
d. Untuk tahun fiskal 2020, Tocean mencatatkan kerugian sebanyak RM2.83 juta iaitu lebih rendah daripada kerugian yang dicatatkan pada tahun 2019.
e. Pendapatan syarikat turut menurun daripada RM20 juta pada tahun 2019 kepada RM17 juta pada tahun 2020.
f. Catalyst : Baru-baru ini Transocean telah membuat tawaran untuk membeli 40% pegangan saham syarikat Enfrasys Consulting Sdn Bhd (ECSB) dengan harga RM20 juta yang mana syarikat ini terlibat dalam kejuruteraan perisian serta system integration.
g. Kebelakangan ini, dapat dilihat berlaku sesi pengambilan untung terhadap saham ini setelah mengalami kejatuhan selama 3 hari berturut-turut.
2. Adventa Berhad (ADVENTA) (7191)
Sumber: Adventa
Syarikat Adventa Berhad ditubuhkan pada tahun 2004. Pada awalnya syarikat ini terlibat dengan pengeluaran sarung tangan. Syarikat ini kemudiannya mengambil alih syarikat Electron Beam dan Lucenxia yang kemudiannya mendorong mereka ke arah perniagaan penjagaan kesihatan.
Selain daripada penjagaan kesihatan, Adventa turut mempunyai perniagaan sampingan iaitu pengedaran dan logistik melalui anak syarikatnya PTM Progress Trading & Marketing Sdn Bhd.
Sumber: Adventa
Ulasan Mengenai Saham Adventa
- Adventa mempunyai dua segmen perniagaan iaitu:
Penjagaan Kesihatan : Pembekalan produk kesihatan dan perkhidmatan kepada hospital, pusat kesihatan dan farmasi. Ia termasuklah perniagaan dialisis buah pinggang yang turut dijalankan oleh Adventa.
Gudang & Logistik : Penyediaan perkhidmatan penyimpanan, pergudangan dan logistik kepada anak-anak syarikat.
- Sama seperti Tocean, bilangan jumlah saham yang terapung bagi saham Adventa juga sangat rendah iaitu hanya sebanyak 152.79 juta unit.
- Kenaikan harga saham Adventa adalah kesan daripada kenaikan jumlah kes Covid-19 di negara kita.
- Boleh dikatakan sekiranya bilangan kes harian meningkat, maka saham-saham yang terlibat dengan penjagaan kesihatan turut akan membuat kenaikan.
- Walaubagaimanapun, prestasi kewangan Adventa tidak semegah syarikat penjagaan kesihatan yang lain.
- Kos operasi syarikat yang melebihi pendapatan syarikat menyebabkan syarikat mengalami kerugian.
- Kenaikan harga saham Adventa adalah lebih bersifat teknikal.
Sumber: Trading View
- Adventa pernah mencecah paras RM5 pada Ogos 2020 yang lalu. Namun sejak itu, saham ini terus membuat kejatuhan sehingga membuat support baru pada paras RM0.77.
- Setelah berlegar-legar di paras sokongan tersebut, Adventa mula menarik minat para pelabur dan membuat perubahan trend.
- Pada bulan April 2021, Adventa berjaya membuat Higher High & Higher Low yang baru dan sejak itu Adventa terus membuat uptrend.
3. Tashin Holdings Berhad (TASHIN) (0211)
Tashin Holdings Berhad mempunyai 2 anak syarikat iaitu Tashin Steel Sdn Bhd dan Tashin Hardware Sdn Bhd. Produk besi keluaran syarikat ini hanyalah dipasarkan kepada pasaran dalam negara sahaja.
Produk besi keluaran Tashin Steel digunakan untuk pelbagai industri seperti automotif, perabot, elektrik & elektronik, pembinaan dan kerja-kerja fabrikasi kejuruteraan. Aktiviti utama Tashin Steel adalah memproses gegelung besi kepada slit coils dan kepingan besi, mengeluarkan paip besi, besi C-Purlins dan expanded metal.
Sumber: Boegger
Sebagai tambahan kepada produk keluaran Tashin Steel, Tashin Hardware adalah stokis pelbagai produk besi lain bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Ulasan Mengenai Saham TASHIN
- Sejak akhir-akhir ini, sektor besi adalah sektor yang mencuri tumpuan selain daripada sektor penjagaan kesihatan.
- Maka, Tashin yang menjalankan perniagaan berkaitan besi turut mendapat tempiasnya.
- Tashin baru sahaja disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2019.
Sumber: malaysiastock.biz
- Laporan suku tahunan Tashin secara keseluruhannya merekodkan prestasi kewangan syarikat berada di tahap yang memuaskan.
- Meskipun mengalami kerugian pada tahun 2019, syarikat ini kembali mencatatkan keuntungan pada tahun lepas.
- Futures besi yang terus membuat kenaikan dan membuat all time high yang baru menjadi pendorong kepada saham-saham besi turut membuat kenaikan.
Sumber: Investing.com
Sumber: investing.com
- Sentimen kenaikan harga besi ini menarik minat para pelabur untuk menumpukan perhatian terhadap sektor besi.
- Para pelabur berpendapat bahawa kenaikan harga besi ini merupakan sesuatu yang positif kepada pendapatan dan keuntungan bersih syarikat.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)