• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia susut berbanding meningkat sebelum ini untuk mengakhiri sesi dagangan pagi rendah, berikutan indeks petunjuk pasarannya merosot 0.11 peratus susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.67 mata kepada 1,586.58 daripada 1,588.25 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.73 mata kepada 1,591.98 dan bergerak antara 1,585.66 dan 1,592.18 sepanjang sesi.

Suasana pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 590 berbanding 347, manakala 448 kaunter kekal tidak berubah, 769 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 4.14 juta saham bernilai RM2.02 juta.

Rakuten Trade Research berkata pasaran serantau dijangka bercampur-campur hari ini dalam persekitaran kes COVID-19 meningkat.

“Di peringkat tempatan, kami menjangka FBM KLCI terus berada dalam pembetulan dan menjangka indeks berada dalam julat 1,580-1,590 berikutan tanpa pemangkin belian,” katanya.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura susut 0.85 peratus kepada 3,152.22, Kospi Korea Selatan meningkat 0.64 peratus kepada 3,147.37 dan Hang Seng Hong Kong naik 0.01 peratus kepada 28,599.80.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.24, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.13, Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM8.20 dan Top Glove susut lapan sen kepada RM5.37.

Daripada saham cergas, Focus Dynamics merosot setengah sen kepada 10 sen, Sedania naik lapan sen kepada 31.5 sen dan Dagang Nexchange menambah tiga sen kepada 71 sen.

Kaunter paling untung termasuklah Transocean yang naik 58 sen kepada RM6.78 dan Dataprep yang meningkat 37 sen kepada RM1.87, manakala MPI menambah 20 sen kepada RM38.70 dan Sungei Bagan Rubber menokok 13 sen kepada RM3.25.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 11.04 mata kepada 11,690.14, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 26.03 mata kepada 13,108.29, Indeks FBMT 100 merosot 13.80 mata kepada 11,334.76, FBM 70 turun 25.98 mata kepada 15,389.60 dan FBM ACE susut 79.94 mata kepada 8,547.46.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.16 mata kepada 199.39, Indeks Perladangan berkurangan 41.52 mata kepada 6,950.49 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 8.01 mata kepada 14,847.23. 

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In