• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan yang tidak menentu hari ini berikutan keseluruhan sentimen pelabur kekal berhati-hati berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.18 mata kepada 1,588.43 daripada 1,588.25 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks barometer itu dibuka 3.73 lebih tinggi kepada 1,591.98.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 245 berbanding 202, manakala 291 kaunter tidak berubah, 1,416 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 359.92 juta saham bernilai RM172.87 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Bursa Malaysia dijangka kekal lemah berikutan peningkatan semula kes COVID-19 yang menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan membabitkan enam daerah di Selangor.

“Sementara itu, sektor teknologi akan menyaksikan penurunan berikutan penyusutan semalaman Nasdaq di  Wall Street.

“Mengenai komoditi, harga minyak mentah Brent telah menokok kepada paras tertinggi dua bulan susulan keyakinan permintaan, manakala niaga hadapan kayu-kayan ke arah paras tertinggi sepanjang masa di rantau ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata, untuk hari ini, sektor itu akan menumpukan kepada kaunter berkaitan pembungkusan ketika pelaksanaan PKP 3.0.

“Selain itu, harga minyak mentah Brent yang lebih tinggi serta hasil yang lebih tinggi daripada jangkaan daripada gergasi minyak Saudi Aramco boleh merangsang minat belian, manakala minat dagangan boleh dilihat pada saham berkaitan kayu-kayan,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan iaitu di Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang yang dikenakan PKP bermula 6 Mei sehingga 17 Mei akibat lonjakan kes baharu COVID-19 di kawasan berkenaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti sosial tidak dibenarkan, namun kebanyakan aktiviti ekonomi tidak akan terjejas.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank tidak berubah masing-masing pada RM8.24 dan RM4.12. Petronas Chemicals susut enam sen kepada RM8.12, TNB jatuh dua sen kepada RM9.95 dan IHH menokok tiga sen kepada RM5.29.

Bagi saham aktif, KNM meningkat setengah sen kepada 19 sen, TA Win menambah 3.5 sen kepada 17 sen, Tanco tidak berubah pada enam sen dan Velesto Energy berkurangan setengah sen kepada 15.5 sen.

Saham paling untung termasuk Transocean yang meningkat 43 sen kepada RM6.63, Gopeng naik 22 sen kepada RM1.35 dan HengYuan menambah 15 sen kepada RM5.75.

Antara saham rugi, MPI turun 50 sen kepada RM38, Nestle susut 30 sen kepada RM135.50 dan Unisem berkurangan 19 sen kepada RM7.71.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 2.59 mata kepada 11,698.59,  Indeks FBM Emas Syariah turun 12.92 mata kepada 13,121.40, Indeks FBMT 100 jatuh 7.38 mata kepada 11,341.18, Indeks FBM 70 turun 43.53 mata kepada 15,372.05, dan Indeks FBM ACE susut 36.06 mata kepada 8,591.34.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.36 mata kepada 198.87, Indeks Perladangan lemah 16.03 mata kepada 6,975.98, namun  Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 21.02 mata kepada 14,860.24. 

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In