Hup Seng Industries Bhd (Hup Seng) (KLSE: 5024) merupakan syarikat yang menghasilkan biskut di bawah jenama terkenal ‘Cap Ping Pong’ dan ‘Hup Seng Cream Crackers’.
Hup Seng menjana pendapatan sampingan melalui pembuatan instant coffee mix dan instant tea serta pengedaran produk makanan seperti biskut ‘Wang Wang’ di Malaysia.
Kini, nilai pasaran terkini bagi Hup Seng adalah RM748.0 juta. Mari kita lihat 9 perkara ini sebelum melabur saham Hup Seng.
1. Perolehan 10 Tahun Terkini
Hup Seng telah mencapai pertumbuhan perolehan sebanyak 3.5%, meningkat daripada RM240.2 juta pada tahun 2011 kepada RM327.3 juta pada tahun 2020.isbah penjanaan perolehan berada dalam lingkungan 70%-75% dari pasaran domestik manakala 20%-25% ke China, Arab Saudi, Indonesia, Ghana dan Mauritius bagi pasaran eksport dalam tempoh 10 tahun tersebut.
2. Keuntungan Bersih 10 Tahun Terkini
Hup Seng telah mencatat penurunan keuntungan bersih daripada RM54.7 juta pada tahun 2015 kepada RM40.4 juta pada tahun 2020. Ini disebabkan oleh penambahan harga bahan mentah dalam tempoh tersebut. Hup Seng mengekalkanReturn on Equity (ROE) purata di tahap 25%-30% pada tahun 2016-2020. Ini bermaksud bahawa Hup Seng telah berjaya menjana RM25 – RM 30 dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100 yang sedia ada dalam ekuiti pegangan saham pada tahun 2016-2020.
3. Pengurusan Aliran Tunai
Dalam tempoh 2011-2020, Hup Seng telah menjana sebanyak RM453.01 juta dalam aliran tunai operasi dan RM27.51 juta dalam pendapatan faedah.
Daripada jumlah itu, Hup Seng telah menggunakan:
- RM67.48 juta dalam pembelian property, plant & equipment (PPE) bersih
- RM385.60 juta dividen kepada pemegang saham.
- RM0.57 juta pemulangan lease liabilities.
Terbukti, Hup Seng merupakan sebuah syarikat yang berupaya menjana aliran tunai operasi positif secara berterusan dan ia membolehkannya untuk melaksanakan pembayaran dividen secara konsisten kepada para pemegang sahamdalam tempoh 10 tahun tersebut.
4. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada tahun 2020, Hup Seng merekodkan RM8.33 juta liabiliti bukan semasa dan RM139.78 juta dalam ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutang adalah sebanyak 5.96%.
Pada masa tersebut, Hup Seng merekodkan RM144.88 juta aset semasa dan RM80.67 juta liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa bagi Hup Seng adalah 1.80.
Daripada jumlah aset semasanya, terdapat RM82.55 juta dalam wang tunai yang terdiri daripada:
- RM4.31 juta dalam tunai & bank balances
- RM73.20 juta dalam short-term deposit with licensed banks.
- RM5.04 juta dalam long-term deposit (>3 bulan) with licensed banks.
5. Pemegang Saham Utama
Pada 16 Mac 2021, keluarga Kuo (atau Kerk) adalah pemilik saham utamaHup Seng dan mereka memegang saham melalui syarikat HSB Group Sdn Bhd (HSB).
HSB mempunyai 51% pegangan saham dalam Hup Seng. Hup Seng merupakan sebuah family business dan ahli-ahli lembaga pengarah adalah seperti berikut:

6. Perkembangan Terkini
Pada tahun 2016, Hup Seng berjaya membeli 2 tanah dan bangunan yang terletak bersebelahan kilang miliknya di Batu Pahat, Johor pada harga RM17.5 juta dan telah memperoleh conversion of land use daripada Pejabat Tanah Batu Pahat pada Julai 2019.
Pembelian ini adalah bertujuan untuk mengembangkan aktiviti pembuatan biskut Hup Seng di Batu Pahat, Johor. Kini, Hup Seng menghentikan aktiviti pembangunan di dua tanah dan bangunan tersebut buat sementara waktu berikutann impak oleh wabak COVID-19 pada masa kini (Rujuk: Laporan Tahunan 2020).
7. P/E Ratio
Pada 23 April 2021, harga saham Hup Seng adalah RM0.935.
Ia adalah penurunan lebih kurang 25%-30% jika dibandingkan dengan RM1.30+ setiap saham yang direkodkan pada tahun 2016.
Pada tahun 2015, Hup Seng merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM54.7 juta.
Pada tahun 2020, keuntungan bersih yang dicatatkan adalah sebanyak RM40.4 juta, penurunan sebanyak 26% jika dibandingkan dengan keuntungan bersihnya pada tahun 2015.
Pada tahun 2016, harga saham Hup Seng berada di paras RM1.30+ setiap saham dan mencatat 6.84 sen dalam Earnings Per Share (EPS). Maka, P/E Ratio untuk Hup Seng pada tahun 2016 adalah 19.01.
P/E Ratio (2016):
= Harga Saham / EPS
= RM 1.30 / RM 0.0684
= 19.01
Kini, Hup Seng merekodkan 5.05 sen dalam EPS. Maka, P/E Ratio terkini bagi Hup Seng adalah 18.51.
P/E Ratio (Kini):
= Harga Saham / EPS
= RM 0.935 / RM 0.0505
= 18.51
Adakah kejatuhan harga Hup Seng satu kerugian atau satu refleksi kepada prestasi kewangan terkininya?”
8. P/B Ratio
Sejak tahun 2016, Hup Seng telah mengurangkan ekuiti pegangan saham daripada RM183.1 juta pada tahun 2016 kepada RM139.8 juta pada tahun 2020. Penurunan ini berpunca daripada pembayaran dividen berlebihan kepada pemegang sahamnya terutama pada 5 tahun tersebut. Maka, pengiraan P/B Ratio terkini untuk Hup Seng tidak diberikan kerana ia tidak memberi makna kepada pelabur.
9. Kadar Dividen
Hup Seng telah membayar 6.00 sen Dividend Per Share (DPS) setahun pada tahun 2016-2020. Maka, kadar dividen terkini baginya adalah 6.42% setahun.
Ini adalah lebih tinggi daripada kadar dividen puratanya pada tahun 2016-2020. Kenapa? Ianya disebabkan oleh penurunan harga sahamnya sepanjang tempoh 2016-2020 walaupun Hup Seng telah mengekalkan pembayaran dividennya pada 6.00 sen setahun.
Kadar Dividen Terkini:
= (DPS 12-Bulan Terkini / Harga Saham) x 100%
= (RM 0.06 / RM 0.935) x 100%
= 6.42%
Kesimpulan:
Di sini, saya ingin berkongsi satu ilmu pelaburan yang amat berharga, iaitu:
Ramai pelabur tertarik kepada jumlah dividen yang diperolehi hasil daripada pelaburan saham. . Mereka tidak peduli kepada, Apakah modal perniagaan, keputusan kewangan dan juga pelan perkembangan syarikat saham yang mereka ingin melabur?”
Sikap ini akan mendorong pelabur untuk menyempitkan pandangan kepada hanya penggunaan P/E Ratio ataupun kadar dividen sahaja. Ramai pelabur termasuk saya telah mengalami kerugian daripada sikap tersebut.
Kesalahan yang saya lakukan pada masa lalu adalah Value Trap.
Kini, sebelum melabur, saya membuat kajian terhadap sesebuah syarikat dengan terperinci daripada aspek:
- Modal Perniagaan
- Keputusan Kewangan Lepas
- Kedudukan Kewangan Terkini
- Pelan Perkembangan
- Perhitungan nisbah penilaian seperti P/E Ratio, P/B Ratio dan Kadar Dividen
Be all-rounded and not one-dimentional merupakan satu amalan yang saya amalkan dalam pelaburan saham pada hari ini.
Mengenai saham Hup Seng, fikir-fikirkan sama ada wajar atau tidak untuk kita membuat pelaburan ke dalam syarikat ini.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)