• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Potensi Saham ASTINO Berdasarkan Catalyst Semasa

in Trading Idea
A A
Potensi Saham ASTINO Berdasarkan Catalyst Semasa
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Astino merupakan syarikat yang terlibat dalam sektor besi. Sekiranya anda seorang trader pasti anda tahu sektor ini sering berada dalam keadaan volatile dan bilangan pembekalan-permintaan adalah tidak seimbang. 

Namun begitu, Astino masih lagi berada dalam keadaan yang baik kerana pengurusan syarikat ini adalah berhemah. 

Apakah yang telah dilakukan oleh pengurusan syarikat ini untuk kekal stabil dalam menghadapi keadaan ekonomi sekarang?

Metal Roofing Sheets, Scaffolding, Coils, Steel, Truss & Batten in Malaysia

Astino merupakan syarikat yang berkaitan dengan pembuatan kepingan atap besi, paip besi, dan peralatan pembinaan lain di Malaysia. 

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan berpusat di Seberang Perai, Pulau Pinang. Walaupun berdepan  dengan pandemik Covid-19, mereka hanya terkesan sedikit sahaja berbanding kebanyakan syarikat lain di dalam sektor besi. 

Hal ini kerana mereka banyak fokus kepada aliran kewangan yang baik dan kepelbagaian produk yang dikeluarkan. Dalam tempoh 5 tahun sebelum ini, pendapatan Astino berada dalam kadar RM22.3 juta sehingga RM34.4 juta. Walaupun pada tahun 2019 industri besi mengalami kesukaran, tetapi Astino masih berupaya mengekalkan prestasi kewangan yang baik. 

Ketua Eksekutif Astino, Ng Hung Seh menyatakan, “Penting untuk sebuah syarikat yang berada dalam sektor besi seperti kami untuk mengekalkan aliran kewangan yang baik. Pinjaman yang tinggi yang dibuat oleh sesebuah syarikat sering menjadi salah satu faktor terbesar yang menyebabkan syarikat di dalam sektor ini mengalami kerugian yang banyak.” 

Pada masa yang sama, beliau juga berkata salah satu kelebihan syarikat Astino ini adalah mereka mempunyai kepelbagaian produk yang mampu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. 

About | Astino Berhad

Akibat daripada pembangunan infrastruktur yang pesat terutamanya di Amerika dan China, ianya telah menyebabkan kekurangan pembekalan produk flat steel. 

Astino terus berupaya untuk mengembangkan perniagaan mereka. Keuntungan yang dicapai dengar kadar 40% daripada produk industri dan 30% daripada bahagian pembangunan manakala lain-lain adalah campuran agrikultur, penternakan, perkakasan, pemborongan dan peruncitan. 

Pada hari ini Astinomempunyai 8 kilang di Sungai Bakap, Pulau Pinang; Bukit Beruntong, Selangor; Temerloh, Pahang; dan Melaka. 

Tahun hadapan, mereka merancang untuk membuka satu lagi kilang di Sungai Petani, Kedah yang dianggarkan bernilai RM19 juta termasuk kos tanah yang bernilai RM9 juta.

Astino sedar akan kebergantungan kepada penjualan domestik yang merupakan satu kelemahan yang perlu diubah serta-merta. 

Mereka telah merancang untuk meletakkan sasaran bagi mengembangkan penjualannya ke luar negara bermula dengan kadar 5%. 

Ng Hung Seh berkata, mereka mensasarkan untuk mencapai sehingga ke paras 20% bagi pasaran eksport. Maka, menjelang tahun kewangan 2022, mereka harus mencapai sasaran 7%. 

Beberapa negara yang berada dalam perancangan pasaran adalah seperti India dan Pakistan tetapi mengalami kelewatan disebabkan pandemik Covid-19. .Sehingga hari ini, negara yang berjaya ditembusi Astinoadalah Bangladesh, Nepal, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina. Namun yang demikian,Astino haruslah lebih berhati-hati dengan pasaran antarabangsa kerana wujudnya foreign exchange. 

Sekiranya Astino kurang memasuki pasaran antarabanga, risiko turun naik foreign exchange juga akan berkurang.

Cold Rolled Steel Sheet Supplier | Advance Steel Company

Kebanyakan bahan mentah produk Astino hampir 70%-80% didapati daripada pasaran tempatan seperti cold rolled sheets, hot rolled sheets dan galvanized sheets. 

Mereka hanya mengimport produk dari luar negara yang tidak ada di pasaran tempatan. 

Semenjak harga bahan mentah besi meningkat daripada 40% kepada 45%, syarikat ini tidak risau akan kenaikan harganya kerana sebahagian daripada harga tersebut boleh disampaikan kepada pelanggannya. 

Produknya mempunyai pelanggan tetap mencecah 2,000 orangdan 70% – 80% daripada mereka adalah merupakan pelanggan yang aktif. . 

Bagi menambah pendapatan syarikat, Astino mengambil langkah untuk mengembangkan lagi kepelbagaian produknya dan menambah lebih banyak lagi nilai tambah kepada produk tersebut.

Meneliti carta harga saham Astino selama 12 bulan ini, Price-Earnings Ratio (PER) adalah 7.2 kali ganda. Nilai Astino sedikit rendah berbanding peers mereka seperti Leon Fuat Bhd (7.9 kali ganda) dan Tashin Holdings Bhd (16.4 kali ganda). 

Harga saham Astino meningkat sebanyak 122.2%. manakala Leon Fuat sebanyak 169.9% dan Tashin sebanyak 237%. Keuntungan bersih Astino telah meningkat sebanyak 2 kali ganda daripada RM10.83 juta kepada RM28.56 juta pada bulan keenam tahun kewangan 2021 (6MFY2021).. 

Hal ini disebabkan oleh peningkatan dalam jualan dan margin keuntungan. Ng Hung Seh menyatakan harapannya agar prestasi Astino lebih stabil bagi suku ketiga dan keempat tahun 2021, agar dapat menjana keuntungan bersih sebanyak RM40 juta bagi tahun 2021.

Sumber: malaysiastock.biz

Seperti syarikat lain, Astino juga mengalami kepayahan semasa krisis pandemik ini. Keuntungan mereka mendatar pada paras RM22.3 juta, akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan pada awal tahun 2020. 

Walaubagaimanapun mereka tidak berputus asa dan bangkit bersama gross profit margin 15% berbanding 14% pada tahun kewangan 2019. Profit margin pernah dicapai pada tahun kewangan 2017 sebanyak 19%.. 

Jika kita teliti Quarter Report Astino yang terkini, mereka berjaya  mencatat keuntungan sebanyak RM175.29 juta  dan keuntungan tertinggi sebanyak RM17.08 juta   dengan kenaikan Quarter over Quarter (Q-o-Q) sebanyak 49% dan juga Year of Year (Y-o-Y) sebanyak 154%. 

Bagi meningkatkan minat belian para pelabur dan kecairan saham mereka, kebanyakan syarikat akan mengeluarkan corporate exercises seperti bonus issues atau private placement. 

Namun, Astino mengambil langkah berbeza dengan tidak menjalankan apa-apa corporate exercise. Ng Hung Seh menyatakan yang mereka telah menolak beberapa syarikat sektor besi untuk membeli sahamnya dan tidak akan mencari mana-mana pelabur yang baru. 

Beliau percaya bahawa mereka mampu untuk menguruskan Astino dengan sendiri. Pemegang saham terbesar dalam syarikat Astino sebanyak 30.94% adalah milik Seavision Sdn Bhd, yang juga dimiliki oleh keluarga Ng Hung Seh. 

Beliau sendiri memegang 5.28% saham Astino, manakala adik-beradiknya Ng Back Teng merupakan pengerusi lembaga eksekutif dan Ng Hung Weng merupakan pengarah eksekutif. 

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Share399ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

1 year ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

1 year ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

1 year ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In