KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) — Duopharma Biotech Bhd telah mengemukakan cadangan melaksanakan terbitan bonus sehingga 239.93 juta saham-saham biasa baharu pada asas 1-untuk-3 iaitu satu saham bonus untuk setiap tiga pegangan saham sedia ada.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin, syarikat itu berkata tarikh terbitan bonus tersebut akan ditentukan serta diumumkan kemudian.
“Tujuan utama cadangan terbitan bonus itu adalah sebagai ganjaran untuk menghargai setiap pemegang saham di atas sokongan berterusan kepada syarikat.
“Ini juga bagi membolehkan pemegang saham mempunyai penyertaan lebih besar dalam ekuiti syarikat,” katanya.
— BERNAMA




