• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Menyusut Selepas Seminit Diniagakan Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) —  Kegiatan pengambilan untung secara menyeluruh membabitkan kaunter berwajaran tinggi berikutan kenaikan baru-baru ini, menyaksikan urus niaga di Bursa Malaysia menyusut ketika dibuka pagi ini, kata para peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.5 mata kepada 1,600.15 berbanding penutupan Jumaat lepas iaitu 1,601.65.

Indeks utama dibuka 0.44 mata lebih tinggi kepada 1,602.09 sebelum menyusut selepas satu minit diniagakan.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 293 berbalas 213 manakala 324 kaunter tidak berubah, 1,323 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 392.64 juta saham bernilai RM251.26 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur mungkin mengambil sikap berhati-hati memandangkan kes kes harian COVID-19 yang disahkan terus meningkat.

Pada masa sama, mereka turut memantau data Indeks Pengurus Pembelian Markit Malaysia yang akan dikeluarkan hari ini serta keputusan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia pada Khamis.

“Dengan jangkitan COVID-19 yang kian meningkat, pelabur akan memberikan perhatian kepada saham berkaitan pengguna, pembungkusan dan penjagaan kesihatan.

“Selain itu, minat dagangan dapat dilihat pada sektor teknologi berikutan penurunan baru-baru ini menjelang keputusan suku tahunan syarikat,” katanya.

Firma penyelidikan itu turut menjangkakan kenaikan harga berkaitan logam dapat memberikan momentum membeli untuk syarikat produk perindustrian dalam jangka masa terdekat.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Maxis masing-masing naik satu sen kepada RM8.24 dan RM4.61, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM8.26 dan Top Glove menokok tiga sen kepada RM5.68.

Public Bank menyusut satu sen kepada RM4.14, CIMB Group turun empat sen kepada RM4.10 dan Genting berkurangan 16 sen kepada RM4.82.

Bagi saham aktif, Priceworth lebih rendah setengah sen kepada dua sen, Careplus naik 13 sen kepada RM3.04 dan LKL menambah 2.5 sen kepada 36.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 13.19 mata kepada 11,785.10, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 8.84 mata kepada 13,281.34, Indeks FBMT 100 susut 13.53 mata kepada 11,436.63, FBM 70 lebih rendah 29.23 mata kepada 15,454.91 dan FBM ACE menguncup 13.82 mata kepada 8,832.20.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.10 mata kepada 199.46, Indeks Perladangan naik 6.78 mata kepada 6,906.47 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 10.01 mata kepada 14,860.24.

— BERNAMA

Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In