• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Harga Besi Merekodkan All Time High & Perhatikan Saham-Saham Ini

in Catalyst
A A
Harga Besi Merekodkan All Time High & Perhatikan Saham-Saham Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Biar betul harga besi naik lagi?

Statistik di bawah dikeluarkan oleh Kesatuan Besi Dunia dan menunjukkan bahawa pengeluaran besi pada bulan Mac 2021 adalah sebanyak 169.2 tan metrik dan sebanyak 486.9 tan metrik dikeluarkan sepanjang bulan Januari sehingga Mac 2021.

Daripada jumlah tersebut, pengeluar terbesar besi adalah dari benua Asia dan Ocenia dengan pengeluaran sebanyak 356.9 tan metrik sepanjang tempoh tersebut.

Sumber: Worldsteel Association

Harga besi dunia dilihat terus membuat kenaikan lagi dan seluruh dunia mendapat tempias daripada kenaikan harga besi tersebut. Kenaikan harga besi merupakan isu yang sedang berlaku di seluruh dunia dan bukan hanya di negara kita sahaja. 

Nak tahu kenapa harga besi terus melonjak naik?

Baca: Kontraktor terus tersempit, harga besi naik 100 peratus

Punca Kenaikan Harga Besi

Sumber: pxfuel

Isu pandemik Covid-19 tidak asing lagi kepada kita semua dan isu ini memberikan impak besar kepada ekonomi dunia. Sepanjang tahun 2020, sektor pembinaan hampir lumpuh sepenuhnya kerana tapak pembinaan dilarang untuk beroperasi berikutan peningkatan kes covid-19.

Semenjak vaksin covid-19 telah diedarkan ke seluruh dunia, sektor pembinaan kembali rancak untuk menyambung kembali kerja-kerja pembinaan yang terhenti pada tahun lepas. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap besi sangat tinggi pada tahun ini. 

World Steel Association menjangkakan bahawa permintaan global terhadap produk besi akan meningkat sebanyak 4.1% pada 2021. 

Dua ekonomi besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan China menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan projek infrastruktur di negara masing-masing.

Malah Presiden Joe Biden sendiri telah berjanji dalam manifestonya untuk membelanjakan sebanyak USD2 trilion untuk projek infrastruktur di negara tersebut. 

Baca: Pelan infrastruktur AS | Biden sedia kompromi

Menurut CIDB, kenaikan harga besi antara lain disebabkan oleh kesukaran mendapatkan bahan mentah, isu kelewatan yang menyumbang kepada kesukaran dan kelewatan penghantaran bagi bahan import dan permintaan yang kurang dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Pemulihan sebahagian permintaan bijih besi menyebabkan harga besi naik sehingga mengakibatkan kenaikan harga jualan produk yang sedia ada.

Sumber: Investing.com

Sumber: Investing.com

Siapakah Yang Terkesan Daripada Kenaikan Harga Besi?

Sumber: Worldsteel Association

Pihak yang terkesan dengan kenaikan harga besi sudah tentulah industri yang terlibat secara langsung terhadap bahan mentah ini terutamanya syarikat-syarikat yang berkaitan dengan bangunan dan infrastruktur, pembuatan produk besi, peralatan mekanikal, automotif dan lain-lain.

Baca: Kenaikan Harga Besi Bebankan Pemaju & Kontraktor

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Utusan Malaysia, harga besi telah melonjak naik dari RM18 sebatang sehingga mencecah RM32 sebatang. Sekiranya kenaikan harga besi ini berlarutan, sektor pembinaan dijangka akan terpaksa menanggung kerugian. 

Kenaikan harga bahan mentah ini turut akan menyebabkan pemaju terpaksa menaikkan harga hartanah yang dibina. 

Sektor Mana Yang Harus Diberi Perhatian?

Sektor yang perlu diberi perhatian sudah tentulah sektor besi. Para pelabur seharusnya bijak melihat peluang di sektor besi dan mengkaji saham-saham syarikat yang terlibat dengan besi.

Jom lihat contoh-contoh syarikat yang terlibat dengan perniagaan besi.

Sumber: Facebook Asri Ahmad Academy

Sumber: Facebook Asri Ahmad Academy

Analisis Kajian CGS-CIMB

Sumber: CGS-CIMB

CGS-CIMB meletakkan saranan belian terhadap saham LBALUM berdasarkan analisis teknikal. LBALUM baru-baru ini telah berjaya membuat breakout pada pattern Falling Wedge dan ia merupakan petanda bahawa saham ini berpotensi untuk terus membuat kenaikan.

Harga sasaran bagi LBALUM adalah RM1.39 untuk target price pertama dan seterusnya adalah RM1.50.

Pandangan CGS-CIMB Terhadap Malaysia Steel Works (MASTEEL)

Sumber: CGS-CIMB

Broker CGS-CIMB meletakkan saranan belian terhadap saham MASTEEL dengan harga sasaran adalah pada RM0.775 untuk target price pertama dan target price seterusnya adalah pada RM0.80.

CGS-CIMB menyatakan bahawa MASTEEL telah menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan dan berpotensi untuk meneruskan kenaikan.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share1059ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In