• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Kaunter Industri, Perladangan

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat berikutan aktiviti jualan ketara melibatkan kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian terpilih serta perladangan selain seiring dengan kelemahan sentimen kebanyakan bursa serantau, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.85 mata kepada 1,601.65 daripada 1,608.50 pada akhir dagangan Rabu.

Pasaran ditutup pada Khamis bersempena cuti umum Nuzul Quran.

Sewaku pasaran dibuka pagi ini, indeks penanda aras tersebut menokok 6.71 mata kepada 1,615.21 dan bergerak dalam julat 1,600.05 hingga and 1,615.60 ketika sesi dagangan.

Sentimen pasaran secara amnya adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 582 berbanding 508 manakala 453 kaunter lain tidak berubah, 648 tidak diniagakan dan 51 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.75 bilion saham bernilai RM4.61 bilion daripada 6.59 bilion saham bernilai RM3.85 bilion pada Rabu.

Seorang peniaga berkata, kebanyakan pelabur lebih berhati-hati pada sesi akhir dagangan petang ini ketika petunjuk perkilangan China terbukti lebih lemah daripada jangkaan awal.

Ini juga berkait rapat dengan kebimbangan mengenai operasi pihak berkuasa Beijing ke atas syarikat-syarikat internet, ternyata mengatasi impak pengukuhan di Wall Street.

Data Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) di China menunjukkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan rasmi negara itu susut kepada 51.1 pada April daripada 51.9 pada Mac lepas.

Menurut peniaga itu, pasaran-pasaran Asia berkemungkinan besar memberi reaksi negatif terhadap data China yang lebih lemah itu selain sekatan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasanya ke atas syarikat teknologi utama negara tersebut.

Pasaran serantau menyaksikan Nikkei 225 Jepun jatuh 0.25 peratus kepada 28,979.97; Hang Seng tidak berubah pada 29,303.26 manakala Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.27 peratus kepada 3,230.40.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Press Metal Aluminium dan Kuala Lumpur Kepong mendahului kaunter paling rugi selepas masing-masing susut 15 sen dan 80 sen kepada RM5.20 dan RM22.

Malah, penurunan kedua-dua kaunter tersebut telah mengheret turun indeks komposit sebanyak 3.97 mata.

Bagi saham wajaran tinggi lain, Maybank dan Public Bank masing-masing turun 2.0 sen kepada RM8.23 dan RM4.15, TNB rugi 4.0 sen kepada RM9.96, IHH Healthcare berkurangan 1.0 sen kepada RM5.38 manakala Petronas Chemicals naik 9.0 sen kepada RM8 .20.

Kaunter paling aktif menyaksikan Focus Dynamics merosot 1.5 sen kepada 11.5 sen, KTG susut 1.0 sen kepada 23.5 sen, Hiap Teck sebaliknya naik 7.0 sen kepada 63.5 sen manakala Vortex Consolidated menambah setengah sen kepada 14.5 sen.

Selain itu, Bursa Malaysia telah mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Stella Holdings Bhd berikutan peningkatan mendadak harga dan jumlah saham syarikat itu pada Jumaat.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kehilangan 42.52 mata kepada 11,798.29; FBMT 100 susut 48.87 mata kepada 11,450.16; FBM 70 merosot 66.06 mata kepada 15,576.14; FBM Emas Shariah menguncup 32.92 mata kepada 13,272.50 manakala FBM ACE turun 18.98 mata kepada 8,846.02.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 16.23 mata kepada 6,899.69; Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 96.23 mata kepada 14,870.25 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.64 mata kepada 199.36.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.85 bilion saham bernilai RM3.65 bilion daripada 3.30 bilion saham bernilai RM3.0 bilion pada Rabu.

Waran berkurangan kepada 392.21 juta unit bernilai RM43.61 juta daripada 410.39 juta unit bernilai RM36.18 juta, sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan susut kepada 2.50 bilion saham bernilai RM922.66 juta daripada 2.87 bilion saham bernilai RM819.05 bilion

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 483.17 juta saham didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (1.67 bilion), pembinaan (113.76 juta), teknologi (382.50 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (81.33 juta), hartanah (366.59 juta), perladangan (24.45 juta), REIT (6.39 juta), dana tertutup (6.400), tenaga (341.90 juta), penjagaan kesihatan (132.77 juta), telekomunikasi dan media (95.15 juta), pengangkutan dan logistik (132.37 juta) serta utiliti (22.75 juta).

— BERNAMA

Share294ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In