• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seketika Sebelum Menyusut Kerana Kegiatan Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi buat seketika pagi ini sebelum menyusut selepas keuntungan awal disekat oleh kegiatan pengambilan untung membabitkan kaunter perladangan dan teknologi di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran serantau.

Pada jam 9.30 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.49 mata kepada 1,603.01 berbanding 1,608.50 pada penutupan petang urus niaga Rabu.

Indeks utama itu bagaimanapun dibuka 6.71 mata lebih tinggi pada 1,615.21.

Pergerakan harga di keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 344 berbalas 315 manakala 398 kaunter tidak berubah, 1,134 tidak diniagakan dan 51 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.26 bilion saham bernilai RM704.64 juta.

Menurut Malacca Securities, saham berwajaran tinggi sarung tangan getah dijangka kembali pulih dalam jangka masa terdekat memandangkan peningkatan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia.

“Kami berpendapat saham berkaitan keluli atau logam pula akan terus menarik perhatian pelabur dalam tempoh terdekat di tengah-tengah lonjakan permintaan untuk keluli seluruh dunia. Selain itu, kami yakin masih ada ruang untuk peningkatan bagi kaunter plastik dan pembungkusan menjelang pengumuman keputusan kewangan suku tahunan terbarunya.

“Juga, peserta pasaran mungkin mengintai saham minyak dan gas (O&G) dalam situasi harga minyak mentah yang semakin kukuh. Mengenai komoditi pula, harga minyak sawit mentah (MSM) mengalami penurunan selepas meningkat rancak baru-baru ini sementara harga minyak naik melepasi paras US$68 setong,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan TNB masing-masing turun 1.0 sen kepada RM8.24, RM4.16 dan RM9.99, sementara Petronas Chemicals naik 16 sen kepada RM8.27 dan IHH Healthcare meningkat 1.0 sen kepada RM5.40.

Bagi kaunter aktif, Vortex Consolidated memperoleh setengah sen kepada 14.5 sen, Hiap Teck naik 3.0 sen kepada 59.5 sen sementara SC Estate turun setengah sen kepada 11.5 sen dan Focus Dynamics tidak berubah pada 13 sen.

Kuala Lumpur Kepong dan Malaysia Pacific adalah antara yang paling kerugian pada sesi awal hari ini, masing-masing menyusut 64 sen dan 36 sen kepada RM22.16 dan RM39.30.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 25.31 mata kepada 11,815.50, FBMT 100 turun 29.20 mata kepada 11,469.83, FBM 70 jatuh 0.90 mata pada 15,641.30, FBM Emas Syariah turun 16.17 mata kepada 13,289.25 tetapi FBM ACE meningkat 0.75 mata satu mata pada 8,865.75.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 66.65 mata kepada 6,849.27, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 63.96 mata kepada 14,902.52 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 1.45 mata kepada 200.17.

– BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In