• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Grab Bakal IPO di Wall Street (US)

in Saham Global
A A
Grab Bakal IPO di Wall Street (US)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Rata-rata dari kita sudah tentu pernah menggunakan perkhidmatan Grab sekurang-kurangnya sekali tidak kiralah perkhidmatan penghantaran ke destinasi, penghantaran makanan, tempahan hotel, tiket acara atau perkhidmatan pembayaran (GrabPay).

Bayangkan berapa ramai pengguna di Asia Tenggara yang pernah menggunakan servis Grab. Sudah tentu dalam bayangan kita syarikat ini untung besar kan? 

Selalu naik Grab ke mana-mana, tak nak ke jadi pemilik Grab?

Grab Holdings Inc boleh dianggap sebagai salah satu startup terbaik di Asia Tenggara dan bakal disenaraikan di Wall Street tidak lama lagi. Penyenaraian ini adalah daripada penggabungan Grab dengan syarikat  Altimeter Growth Corporation.

Sumber: Grab

Grab ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai penyedia perkhidmatan e-hailing dan teksi. Pengasasnya, Anthony Tan dan Hooi-Ling Tan menubuhkan syarikat ini dengan tujuan untuk menjadikan pengalaman menaiki teksi yang lebih selamat di Asia Tenggara dan juga menyediakan platform digital yang diperlukan bagi pemandu yang ingin menjana pendapatan tambahan.

Sumber: South China Morning Post

Grab kini beroperasi di 8 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Myanmar. Dianggarkan lebih dari 25 juta orang menggunakan perkhidmatan Grab pada setiap bulan. 

Saham Grab dijangka boleh dibeli di pasaran awam Nasdaq sekitar penghujung bulan Julai dengan simbol ‘GRAB’. 

Perjanjian dengan Altimeter akan menjadikan nilai Grab setinggi USD39.6 bilion. Sebahagian daripada hasil penyenaraian tersebut akan digunakan untuk syarikat mengembangkan perniagaan. Ini menjadikannya perjanjian Special Purpose Acquisition Company (SPAC) terbesar dalam rekod dan penawaran ekuiti terbesar Amerika Syarikat yang pernah dikeluarkan oleh syarikat dari Asia Tenggara.

SPAC adalah satu langkah di mana syarikat disenaraikan di pasaran saham tanpa perlu melalui proses Initial Public Offering (IPO). Kaedah ini semakin popular di kalangan syarikat yang ingin diaupungkan kerana ianya lebih cepat, mudah dan murah daripada proses tradisional IPO.  

Sumber: Grab

Altimeter komited untuk mempromosikan saham Grab selama 3 tahun dan 10% daripadanya akan disalurkan ke dana GrabForGood sebuah dana untuk menyokong program-program berkaitan impak sosial dan persekitaran. Program ini merangkumi bantuan pendidikan, bantuan kewangan kepada golongan tidak berkemampuan dan isu-isu berkaitan persekitaran awam. 

Grab turut merancang untuk diapungkan di Singapura pula setelah disenaraikan di Wall Street kelak. 

Persaingan Grab

Grab telah berjaya mengukuhkan kedudukannya yang dominan di rantau ini, terutama sejak Uber menarik diri daripada meneruskan perkhidmatan e-hailing di rantau Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, penyenaraian Grab di Wall Street akan melihatkan persaingan saham ini dengan saham-saham pengangkutan e-hailing yang sedia ada seperti Uber dan juga DoorDash.

Sumber: Grab

Tugas pihak pengurusan Grab adalah untuk meyakinkan para pelabur di Amerika bahawa peluang pasaran di Asia Tenggara lebih besar daripada pasaran di negara tersebut.

Daripada sudut persaingan dalam sektor kewangan pula, Grab akan berdepan persaingan dengan syarikat kewangan gergasi seperti:

  1. Insuran – AXA, Allianz
  2. Pengiriman wang – Western Union, MoneyGram
  3. Pembayaran – Visa, Mastercard
  4. Pelaburan – Blackrock, Fidelity
  5. Pemberian pinjaman – HSBC, Citigroup 

Grab turut mempunyai tugas besar untuk meyakinkan orang ramai di rantau Asia Tenggara agar berurusan secara digital kerana sebahagian besar orang ramai masih selesa menggunakan wang tunai dalam urus niaga. 

Walaubagaimanapun, Grab melihat peluang yang besar dalam kesemua industri ini dan Grab menjangkakan perolehan syarikat akan meningkat dari USD52 bilion pada tahun 2020 akan berkembang menjadi USD180 bilion menjelang tahun 2025.

Kesimpulannya, kita mula melihat beberapa syarikat dari Asia Tenggara mula mengorak langkah dengan mengapungkan saham syarikat di Wall Street. Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang positif kerana syarikat-syarikat boleh mendapatkan wang yang lebih besar daripada penyenaraian di Wall Street.

Di samping itu, imej dan reputasi syarikat juga akan meningkat dengan kejayaan penyenaraian di Wall Street. 

Adakah anda sudah tertarik untuk melabur di Wall Street? Terdapat lebih dari 10 ribu saham di Wall Street dan sudah tentu ianya sangat menarik kerana lebih banyak pilihan saham daripada pelbagai sektor yang didagangkan. 

Mulakan Pelaburan Saham Anda di Wall Street

Nak buat duit BERGANDA-GANDA dalam pasaran saham?

40%, 100%? 200%? 

Wall Street adalah jawapannya. 

Saham Wall Street MAHAL? 

Dengan USD250 (RM1,000), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian ya.

Saham BTBT naik sehingga 5,382% pada awal tahun 2021, saham BEEM naik mencecah 2,161% pada penghujung 2020.

Cuma kena lah ingat High RIsk, High Return. Jangan sampai terciduk pulak. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. 

Tunggu apa lagi?
GANDAKAN  wang anda sekarang di Wall Street! 
Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0 bersama Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform : Zoom

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di
Webinar Saham Wall Street

Share315ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In