• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Urus Niaga Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi lebih rendah berikutan kegiatan penjualan yang berterusan membabitkan kaunter berwajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur pasaran serantau yang lain, kata para peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.84 mata kepada 1,600.84 daripada 1,606.68 ketika ditutup petang semalam.

Indeks utama pasaran dibuka 0.16 mata lebih rendah pada 1,606.52 dan bergerak antara 1,597.79 dan 1,606.67 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga di keseluruhan pasaran kekal negatif dengan 556 kaunter rugi dan 404 kaunter untung sementara 414 kaunter tidak berubah, 818 tidak diniagakan dan 54 digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 4.06 bilion saham bernilai RM2.04 bilion.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya, ia berkata indeks tempatan dijangka kembali diniagakan dalam julat antara 1,600-1,610 di tengah-tengah kelemahan pasaran.

“FBM KLCI yang mencecah paras 1,620 pada hari Isnin menyusut kembali berikutan kegiatan pengambilan untung dengan indeks merosot hampir 17 mata untuk ditutup di bawah paras 1,610 sekali lagi semalam. Walaupun kami menyedari adanya dana asing turut membeli, yang terlibat dalam aktiviti penjualan semalam kebanyakannya institusi tempatan.

“Wall Street mengakhiri sesi urus niaga mendatar kerana para peniaga tidak memasuki pasaran menjelang keputusan kewangan korporat syarikat-syarikat gergasi AS. Sementara itu, hasil AS 10 tahun melepasi tahap 1.6 peratus untuk ditutup pada 1.62 peratus. Kami berpendapat pasaran serantau akan terus diniagakan bercampur-campur kerana sentimen perdagangan dilihat agak lemah,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga berkata kemungkinan ada sedikit harapan untuk sektor minyak dan gas (O&G) tempatan memandangkan kerajaan sedang mengambil langkah untuk menghidupkan kembali sektor ini.

Beliau berkata industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) telah terjejas teruk dengan banyak syarikat menanggung hutang besar berikutan kejatuhan harga minyak mentah pada 2014.

“Pandemik COVID-19 tahun lepas terus memberi tekanan kepada industri ini. Semalam, kerajaan melancarkan pelan tindakan pertama, Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan 2021-2030, dengan memberi tumpuan kepada penyedia perkhidmatan O&G yang telah terjejas teruk akibat COVID-19.

“Ia bertujuan untuk memberikan hala tuju kepada syarikat-syarikat  OGSE untuk meningkatkan daya saing, kecekapan dan kemampuan teknologi,” katanya.

Di bursa tempatan, saham berwajaran tinggi Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing turun 1.0 sen kepada RM8.25, RM4.16 dan RM7.84, Top Glove menyusut 15 sen kepada RM5.63 manakala Tenaga naik 1.0 sen kepada RM9.99.

Bagi kaunter aktif, Vortex Consolidated dan Focus Dynamics tidak berubah dengan masing-masing berada pada 15 sen dan 13 sen, Nova MSC naik 2.0 sen kepada 16.5 sen dan Tanco Holdings meningkat 1.0 sen kepada 6.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 44.29 mata kepada 11,803.69, FBMT 100 turun 41.15 mata kepada 11,458.97, FBM 70 susut 53.48 mata pada 15,644.53, FBM Emas Syariah kehilangan 87.23 mata kepada 13,255.19, sementara FBM ACE naik 5.88 mata kepada 8,912.36.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menyusut 9,65 mata kepada 6,842,89, Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih lemah sebanyak 2.63 mata pada 14,949.21 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.57 mata menjadi 196.24.

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In