• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Melonjak 87.5 Peratus Kepada RM121.4 Juta

in Catalyst
A A
FBM KLCI Uji Paras 1,770 Mata Pada 2021, Didorong Oleh Pendapatan Korporat Yang Lebih Baik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih yang meningkat 87.5 peratus kepada RM121.39 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2021, daripada RM64.73 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Menurut pengendali bursa itu, pasaran sekuriti mencatatkan pertumbuhan 92.5 peratus tahun ke tahun dari segi keuntungan segmen kepada RM174.6 juta manakala keuntungan segmen pasaran derivatif susut sebanyak 28.3 peratus kepada RM11.6 juta.

Perolehan hasil kumpulan melonjak kepada RM232.28 juta daripada RM150.75 juta setahun sebelumnya dengan pendapatan asas sesahamnya meningkat kepada 15 sen berbanding lapan sen sebelum ini.

“Pasaran sekuriti menyaksikan dagangan aktif walaupun dalam kelemahan persekitaran yang ketara. Ini berikutan penyertaan runcit yang terus memainkan peranan penting dalam aktiviti dagangan.

“Ketidaktentuan dalam pasaran sekuriti yang dipengaruhi oleh perkembangan domestik dan global membabitkan pandemik COVID-19 serta persekitaran kadar faedah rendah dalam jangka masa singkat dan pertengahan, juga dijangka terus menarik pelaburan dan dagangan di pasaran saham,” katanya dalam pengumuman menerusi laman sesawang rasminya pada Selasa.

Di pasaran derivatif, harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Bursa Malaysia yang juga penanda aras global, meningkat lebih RM4,000 bagi suku di bawah kajian untuk pertama kalinya sejak 2009.

Menurut Bursa Malaysia, faktor luaran seperti cuaca kering di Amerika Selatan yang menjejaskan pengeluaran minyak soya, penyusutan pengeluaran MSM dan inventori rendah di Malaysia akan terus mempengaruhi asas harga MSM tersebut.

Bagi kontrak hadapan (FKLI), kekurangan ketidakpastian dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pula sebahagiannya disebabkan oleh aktiviti dagangan lebih rendah pada suku pertama tersebut.

Berikutan itu, aspek harga MSM dan FBM KLCI yang tidak menentu akan terus mempengaruhi tahap aktiviti dagangan melibatkan kontrak hadapan MSM dan FKLI.

Selain itu, Bursa Malaysia turut memberi komitmen untuk terus memperhebat inisiatif yang sedang dijalankan dalam usaha menarik lebih banyak peserta baharu di pasaran bagi meningkatkan ekosistem sedia ada.

— BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In