• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerjaya Prospek Dan Gamuda Peroleh Kontrak Bernilai RM202.6 Juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Ketiga Kerjaya Prospek Susut RM30.38 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Kerjaya Prospek Group Bhd yang menjalinkan usaha sama dengan Gamuda Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM202.6 juta untuk melakukan kerja infrastruktur di Gurney Marine Bridge dan semua kerja kejuruteraan awam lain yang berkaitan untuk Seri Tanjung Pinang Fasa 2 (STP2).

Kerjaya Prospek berkata anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd melalui kerjasama dengan unit Gamuda Gamuda Engineering Sdn Bhd telah menerima Surat Lantikan (LOA) daripada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TPD) untuk kerja-kerja di jambatan yang menghubungkan Jalan Gurney dengan Pulau STP2.

Selain kerja-kerja di jambatan, kontrak itu juga melibatkan penyiapan jalan utama seluas 55,47 meter dari jambatan ke bulatan Gurney dan kerja-kerja menaik taraf bulatan.

TPD adalah anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd (E&O).

Kerjaya Prospek berkata LOA itu menjadikan jumlah kontrak yang diperoleh pada tahun 2021 kepada RM356.1 juta.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Tee Eng Ho berkata kontrak itu adalah projek jambatan kedua selepas ‘marine bridge’ yang merentasi laut menghubungkan Jalan Seri Tanjung Pinang di Pulau Pinang dengan Pulau STP2 siap.

Beliau berkata menerusi peruntukan yang lebih tinggi daripada kerajaan Malaysia untuk perbelanjaan infrastruktur, ia pasti akan membuka lebih banyak peluang bagi kumpulan itu untuk turut serta dalam projek infrastruktur.

“Kami menjangka kontrak ini dapat memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham untuk tahun kewangan 2021 hingga 2023,” kata Tee.

Kerjaya berkata kerja-kerja infrastruktur yang dijadual bermula pada 4 Mei 2021 akan mengambil masa selama 30 bulan untuk disiapkan.

Kontrak itu dianggap sebagai urus niaga berulang pihak yang terbabit, ia mempunyai hasil atau dagangan menurut syarat penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd kerana Tee adalah pengarah dan pemegang saham utama tidak langsung E&O.

— BERNAMA

Share264ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In