• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Saham Pestech

in Fundamental Analisis
A A
10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Saham Pestech
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Pernah dengar nama saham Pestech? Nama penuh Pestech adalah Pestech International Berhad. Pestech adalah sebuah syarikat yang menawarkan penyelesaian untuk sistem elektrik voltan berkuasa tinggi (High Voltage & Extra High Voltage).

Sumber: Pestech

Ia merangkumi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pemasangan (EPCC) pencawang, kabel kuasa, pengurusan aset infrastruktur, penjanaan kuasa, pengaliran elektrik dan isyarat serta pengagihan kuasa dan grid pintar. 

Pestech telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia sejak tahun 2012 lagi. Nama syarikat ini diambil daripada “Power System Technology”.

Kami kongsikan kepada anda 10 perkara anda perlu tahu tentang saham Pestech ini.

1. Teras Perniagaan Utama 

Teras perniagaan utama Pestech International Berhad terbahagi kepada 6 segmen iaitu:

  1. Sistem elektrikal bervoltan tinggi
  2. Pencawang elektrik dan kabel kuasa
  3. Pengurusan aset infrastruktur
  4. Penjanaan kuasa
  5. Sistem elektrik dan signal kereta api
  6. Sistem pengagihan kuasa

Sumber: Pestech

2. Pemegang Utama Saham Pestech

Sumber: pestech

Pemegang saham terbesar Pestech adalah Lim Ah Hock iaitu pengasas syarikat ini dan pengerusi eksekutif dengan 33.41% pegangan di dalam syarikat. Seterusnya, pemegang saham kedua terbesar dimiliki oleh Lim Pay Chuan iaitu pengarah urusan Pestech. Lim Pay Chuan merupakan anak saudara kepada Lim Ah Hock. 

Stanley Lim merupakan anak kepada pengasas syarikat iaitu kepada Lim Ah Hock dan beliau bukan di kalangan pemegang utama saham Pestech.

Sumber: Bursa Marketplace

Daripada senarai di atas, dapat dilihat kehadiran beberapa pelabur institusi seperti Great Eastern, EPF dan Kenanga. Terdapat minat belian daripada jerung-jerung memberikan imej yang baik terhadap saham Pestech.

3. Konsisten Membuat Untung Sejak Tahun 2012

Sumber: malaysiastock.biz

Rajah di atas menunjukkan statistik perolehan, keuntungan bersih dan margin keuntungan Pestech. Syarikat Pestech teleh berjaya membuat keuntungan sejak tahun 2012 lagi dan keuntungan syarikat dilihat meningkat dengan mendadak bermula tahun 2015. 

4. Segmen Utama

Secara keseluruhan, jumlah perniagaan mengalami sedikit kejatuhan dari RM810 juta pada tahun 2019 kepada RM797 juta bagi tahun 2020. 

Dua segmen utama yang menyumbang kepada jumlah perolehan adalah Power Network dan Rail Electrification. 59% daripada perniagaan syarikat adalah daripada segmen Power Network manakala Rail Electrification merangkumi 38% daripada jumlah keseluruhan projek syarikat. Pada tahun 2020, margin keuntungan bersih adalah sebanyak 8% berbanding sasaran iaitu 9%-11%. 

5. Kenanga Mengekalkan Saranan Outperform Bagi Pestech

Sumber: The Star

Kenanga Research telah mengekalkan saranan outperform bagi Pestech susulan kejayaan syarikat tersebut memperoleh projek kabel bawah tanah di Kemboja. Kerjasama projek tersebut adalah antara Pestech dan Furukawa Electric serta projek tersebut bernilai RM 165 juta.  

Kenanga telah menaikkan harga sasaran kepada RM1.46 daripada RM1.15 sebelum ini. 

6. Peluang Perniagaan Di Luar Negara

Pestech kini sedang melihat peluang untuk mengukuhkan perniagaannya di rantau ini termasuklah di negara Vietnam dan Bangladesh. Ketua pegawai eksekutif Pestech, Lim berkata syarikat menerima beberapa jemputan daripada menteri kuasa, tenaga dan mineral Bangladesh untuk membantu negara tersebut membangunkan infrastruktur elektrikal. 

Di Vietnam pula, Pestech sedang meneroka peluang untuk menambahbaik loji kuasa yang semakin uzur di negara tersebut.

7. Jumlah Aset Dan Ekuiti Kumpulan Syarikat

Jumlah aset syarikat semakin berkembang setiap tahun dan tahun 2020 merekodkan peningkatan sebanyak 17% dalam aset syarikat. Terkini, jumlah aset syarikat adalah sebanyak RM2.453 bilion.

Jumlah ekuiti syarikat pula adalah RM606 juta, peningkatan sebanyak 8% dari tahun sebelumnya.

8. Tenaga Boleh Diperbaharui

Selain daripada perniagaan konvensional, Pestech mula meneroka peluang dalam sektor tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan stesen pengecasan untuk kenderaan elektrik (EV). Walaubagaimanapun, kedua-dua perniagaan ini belum memberikan sumbangan yang besar terhadap perolehan syarikat setakat ini.

Sumber: pestech

Kumpulan syarikat ini turut meneroka beberapa peluang perniagaan baru seperti pemasangan solar pada atap bangunan industri dan komersial, pemasangan elektrikal di kawasan luar bandar, stesen pengecasan kenderaan elektrik serta smart meters. Setakat ini Pestech telah mempunyai 18 stesen pengecasan di seluruh negara. 

Sumber: pestech

9. Bina Puri Bekerjasama Dengan Pestech Menerokai Industri Tenaga Boleh Diperbaharui 

Sumber: The Star

Baru-baru ini, sebuah syarikat pembinaan iaitu Bina Puri Holdings Berhad telah bekerjasama dengan Pestech International Berhad untuk menerokai peluang dalam penyediaan tenaga boleh diperbaharui seperti penyelesaian tenaga solar atas bumbung dan fasiliti pengecasan kenderaan elektrik.

Bina Puri berkata memorandum persefahaman (MoU) yang bakal aktif selama setahun akan memberi sinergi positif buat kedua-dua kumpulan syarikat kerana kerjasama ini berpeluang meningkatkan portfolio perniagaan mereka dan membuat aliran pendapatan tambahan untuk meningkatkan prestasi perniagaan.

Baca: Bina Puri and Pestech in Renewable Energy collaboration

10. Kenaikan Dalam Masa Setahun Saham Pestech

Pada 15 April 2020, saham Pestech hanya berharga RM0.88. Setelah setahun, harga saham Pestech pada 15 April 2021 adalah RM1.20. Kenaikan ini adalah sebanyak 36.36% dalam masa setahun. 

Setakat ini saham Pestech masih lagi berada di fasa uptrend dan beberapa broker seperti RHB Investment Bank dan Kenanga Investment Bank meletakkan saranan outperform terhadap Pestech. 

Ini bermakna kedua-dua broker ini menjangka Pestech akan meneruskan prestasi yang baik susulan pelbagai projek yang bakal dilaksanakan.

Sumber: Trading View

Kesimpulannya, sebelum anda membeli apa-apa saham, pastikan anda mengkaji terlebih dahulu fundamental dan teknikal saham tersebut. Kajian tersebut akan memberikan anda lebih keyakinan untuk membuat keputusan. 

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share475ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In