
Malakoff Corporation Berhad dulunya dikenali sebagai Malakoff Berhad tersenarai di Bursa Malaysia pada 9 Oktober 1975 di dalam sektor perladangan.
Namun pada 1976, syarikat ini telah menukar arah tuju syarikat kepada penyedia bekalan tenaga dan menjual aset perladangan.
Pada tahun 2006, syarikat MMC Corporation Berhad melalui anak syarikatnya Nucleus Avenue Berhad (NAB) menawarkan pemilikan terhadap kesemua aset Malakof Berhad termasuk hutang syarikat yang mempunyai nilai keseluruhan RM9.3 juta.
Proses perolehan ini lengkap pada April 2007 dan ianya menyebabkan Malakoff Berhad dinyah senaraikan daripada Bursa Malaysia pada tahun yang sama.
Dibawah syarikat NAB, Malakoff Berhad telah dinamakan semula sebagai Malakoff Corporation Berhad dan membuat permohonan semula untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
Terkini, Malakoff merupakan antara syarikat yang menerajui penghasilan tenaga di Malaysia dengan kapasiti tenaga sebanyak 5,836 Mega Watt (MW) dan mempunyai enam penjana tenaga yang dikuasakan oleh bahan tenaga seperti:-
- Minyak
- Arang dan gas
- Tenaga solar
Pada Disember 2019, Malakoff telah menyempurnakan pengambilalihan lebih 97% pemilikan syarikat Alam Flora Sdn Bhd sebagai usaha syarikat untuk meghasilkan tenaga daripada bahan buangan.
Malakoff Corporation Berhad (MALAKOF) (5264) kini mempunyai nilai pasaran sekitar RM4.2 juta dan harga seunit saham syarikat ini adalah sekitar RM0.845 sesaham.
Baru-baru ini, ada sebuah penganalisa pasaran memberikan saranan untuk kekal memegang saham syarikat ini.
Mari kita lihat apa yang di ulas oleh Maybank Investment Berhad tentang syarikat ini.
Tumpuan Utama Malakoff Ke Arah Pertumbuhan Syarikat
Baru-baru ini, Malakoff telah mengisytiharkan dividen terakhirnya untuk tahun 2020 sebanyak 2.3sen sesaham. Ini membawa kepada kelesuruhan dividen berjumlah 5.1sen sesaham untuk tahun 2020.
Kadar pembayaran dividen ini hanyalah 87% daripada keseluruhan tunai yang dimiliki syarikat dan ianya merupakan kali pertama syarikat ini tidak memaksimakan kadar pembayaran dividen sebanyak 100% seperti tahun-tahun sebelumnya.
Pengurangan kadar pembayaran dividen kepada 87% ini masih tertakluk kepada polisi syarikat iaitu perlu membuat pembayaran dividen sekurang-kurangnya 70% keatas.
Penganalisa menganggap pengurangan kadar pembayaran dividen oleh syarikat ini adalah untuk Malakoff mengutamakan pertumbuhan syarikat di masa hadapan.
Antara pertumbuhan dan perkembangan yang dijangkakan akan diusahakan Malakoff termasuk:-
- Penukaran tenaga
- Tenaga boleh diperbaharui
- Pengurusan sisa
Saranan Terhadap Saham Malakoff Oleh Penganalisa Pasaran

Sumber: Maybank Investment Bank
Penganalisa daripada Maybank Investment Bank meletakkan saranan Hold kepada saham syarikat ini dengan melihat potensi pertumbuhan oleh syarikat di masa hadapan.

Sumber: Affin Hwang Capital
Sama juga saranan yang diberikan oleh penganalisa daripada Affin Hwang yang mengekalkan saranan untuk Hold terhadap saham Malakoff dan meletakan harga sasaran sekitar RM0.92.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

