• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Jualan Asing Meningkat Kepada RM490.3 Juta Minggu Lepas

in Market Update
A A
Highlight Keadaan Pasaran Saham Sepanjang Minggu Pertama April 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Aktiviti penjualan meningkat minggu lepas apabila pelabur asing menjual sejumlah RM490.3 juta bersih ekuiti tempatan berbanding RM235.2 juta bersih pada minggu sebelumnya, demikian menurut ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim.

Beliau berkata pelabur asing memulakan urus niaga minggu lepas dengan melupuskan RM142.2 juta bersih ekuiti tempatan pada hari Isnin ketika kes baharu harian COVID-19 di Malaysia terus kekal melepasi 2,000 kes untuk hari kelima berturut-turut.

Negara-negara lain seperti India turut bergelut dengan peningkatan kes COVID-19 sehingga perintah berkurung dikuatkuasakan selama enam di Delhi.

“Bagaimanapun, dana antarabangsa masih lagi memasuki Bursa Malaysia tetapi dengan kadar sederhana, membeli RM27.5 juta ekuiti tempatan pada hari Selasa di tengah-tengah beberapa aktiviti belian ketika harga saham rendah.

“Indeks FBM KLCI bahkan mengenepikan trend serantau untuk ditutup 0.5 peratus lebih tinggi pada 1,600.3 mata,” katanya kepada Bernama.

Namun begitu, Adam berkata aliran masuk bersih asing pada Selasa terhapus apabila pelabur asing menjual ekuiti tempatan bernilai sehingga RM258.2 juta pada hari berikutnya (Rabu).

Kegiatan penjualan secara besar-besaran ini disebabkan terutamanya oleh peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia terutama di negara seperti India yang melaporkan jumlah kematian harian COVID-19 terburuk pada Selasa, dengan sebahagian besar negara itu kini diletakkan di bawah perintah berkurung dan ini mencetuskan kebimbangan terhadap trajektori ekonomi global tahun ini.

“Selain itu, gelombang baharu penularan koronavirus di Jepun turut meningkat dengan kemungkinan Tokyo, Osaka dan daerah sekitarnya juga akan diletakkan di bawah perintah berkurung.

“Secara keseluruhan, ini telah menjejaskan keyakinan terhadap kadar vaksinasi di Amerika Syarikat, Britain dan Eropah,” kata Adam.

Sementara itu, pada urus niaga Khamis, momentum penjualan bersih asing di Bursa Malaysia bagaimanapun menyusut kepada RM51.2 juta.

Adam berkata aktiviti penjualan bersih asing secara keseluruhan dikurangkan oleh minat terhadap kaunter sarung tangan getah iaitu Supermax, Top Glove dan Hartalega yang semuanya meningkat lebih daripada 3.0 peratus pada hari berkenaan.

Minat pelabur kembali kepada kaunter sarung tangan dirangsang terutamanya oleh peningkatan berterusan kes COVID-19 di sebahagian besar dunia.

Malaysia sendiri menyaksikan lonjakan dalam kes yang mencecah 2,000 kes pada 15 April, tahap yang tidak dilihat sejak 5 Mac, 2021.

Bagi negara-negara lain, India mencatatkan jumlah harian tertinggi di dunia iaitu 314,835 jangkitan COVID-19 pada Khamis (22 April) dengan gelombang kedua pandemik ini telah menimbulkan kebimbangan baharu mengenai kemampuan perkhidmatan kesihatan untuk mengatasi penularan itu.

Urus niaga Jumaat menyaksikan tahap penjualan bersih asing meningkat sedikit kepada RM66.3 juta dengan negara seperti Thailand muncul sebagai negara Asia terbaru yang melaporkan lonjakan harian dalam kes COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya dan pada masa sama jumlah kematian turut meningkat di India.

“Pelabur turut terkejut dengan berita bahawa Presiden AS Joe Biden akan mencadangkan hampir dua kali ganda kadar cukai keuntungan modal untuk individu kaya kepada 39.6 peratus bagi membantu membayar sejumlah perbelanjaan sosial.

“April nampaknya merupakan satu lagi bulan penjualan bersih asing kerana pelabur asing setakat bulan ini telah menjual RM757.6 juta,” kata Adam.

Sejak awal tahun sehingga kini, beliau berkata Malaysia telah menyaksikan aliran keluar bersih asing sebanyak RM2.5 bilion.

— BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In