• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Pasaran Saham US Menjunam Akibat Khabar Angin Kenaikan Cukai Oleh Biden

in Market Update
A A
Pasaran Saham US Menjunam Akibat Khabar Angin Kenaikan Cukai Oleh Biden
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pasaran US jatuh dengan mendadak semalam (Khamis) dan merupakan kejatuhan yang paling teruk sejak Mac tahun ini akibat daripada laporan yang menyatakan Presiden Joe Biden sedang mempertimbangkan kenaikan cukai capital-gain terhadap golongan kaya di negara itu.

Sumber: Market Watch

Apa Yang Terjadi Pada Indeks Pasaran US?

Pasaran US ditutup tinggi pada hari Rabu terutamanya kepada Indeks Dow Jones dengan kenaikan sebanyak 316.01 mata atau 0.9% bersamaan dengan kenaikan indeks S&P 500.

Indeks teknologi seperti Nasdaq meningkat sebanyak 1.1%.

Sumber: TradingView

Dengan khabar angin kenaikan cukai ini, Indeks utama seperti Dow Jones Industrial Average (DJIA) jatuh sebanyak 321.41 mata atau 0.9% kepada 33,815.90 mata semalam. Untuk indeks S&P 500 pula, kejatuhan sebanyak 38.44 mata atau 0.9% kepada 4,134.98.

Sumber: TradingView

Ini merupakan kejatuhan harian terbesar sejak 4 Mac 2021 bagi kedua-dua indeks pasaran saham US ini.

Sumber: TradingView

Indeks Nasdaq Composite juga mengalami kejatuhan sebanyak 131.81 mata atau sebanyak 0.9% mengakhiri pasaran dengan 13,818.41 mata.

Apa Punca Kejatuhan Indeks Saham Gergasi Ini?

Pasaran saham US terkesan teruk dengan laporan daripada Bloomberg News tentang pertimbangan Biden untuk mengusulkan kenaikan kadar cukai capital-gains sebanyak dua kali ganda. 

Cukai ini akan dikenakan kepada rakyat Amerika Syarikat yang memperoleh pendapatan lebih daripada USD1 juta setahun kepada 39.6% daripada 20% sebelum ini.

Menurut laporan Bloomberg, jika digabungkan dengan cukai pelaburan yang sedia ada, golongan hartawan US berkemungkinan perlu membayar cukai sebanyak 43.4% kepada kerajaan.

Walaubagaimanapun, kadar cukai baru ini masih dalam proses perbincangan oleh jemaah menteri dan masih belum ada sebarang keputusan rasmi diumumkan

Namun, menurut penganalisa pasaran daripada OANDA, Edward Moya menyatakan bahawa khabar angin ini cukup untuk membuat pasaran menjadi panik dan menyebabkan kejatuhan yang drastik terhadap indeks pasaran di Amerika Syarikat.

Pasaran saham di Amerika Syarikat sebelum ini menunjukkan kenaikan yang sangat positif dimana rata-rata laporan kewangan syarikat pada suku tahun pertama telah menjangkaui jangkaan.

Sumber: Market Watch dan Investing.com

Apa Pelabur Boleh Buat Sekarang?

Dengan keadaan pasaran yang sangat tidak menentu ini, pelabur seharusnya perlu bersikap lebih berhati-hati dan melakukan kajian fundamental syarikat bagi menanti waktu terbaik untuk pembelian kelak. 

Ketika pasaran mengalami kejatuhan, kita akan melihat banyak saham daripada syarikat yang bagus mengalami penurunan harga. Oleh itu, sekarang adalah waktu yang sesuai untuk kita kemaskini watchlist kita.

Apa-apa pun sebelum melabur baik di pasaran tempatan mahupun global, kita perlu persiapkan diri kita dengan ilmu yang cukup agar kita faham dan tahu risiko pelaburan kita untuk berjaya meraih keuntungan dalam dunia pelaburan saham ini. 

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti Facebook, Google, Tesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
• Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Share280ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In