• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Mah Sing Muncul Kaunter Paling Aktif, Naik 12 Peratus Pada Sesi Awal

in Catalyst
A A
Mah Sing Dapat Kelulusan Pengeluaran Sarung Tangan, Penjagaan Kesihatan

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Mah Sing Group Bhd muncul kaunter paling aktif didagangkan pada sesi awal Jumaat susulan laporan mengenai cadangan penyenaraiannya.

Pada 9.30 pagi ini, saham syarikat tersebut meningkat 12 peratus atau 11 sen kepada RM1.05 dengan lebih 92 juta unit saham saling berpindah tangan.

Dalam laporan semalam, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata syarikat itu menyasarkan untuk menyenaraikan cabang pembuatan dan perniagaan sarung tangannya, Mah Sing Healthcare Sdn Bhd di Bursa Saham Hong Kong dalam tempoh lima tahun.

“Kami komited untuk menjadi peserta jangka panjang dan memberi nilai lebih besar kepada para pemegang saham serta berusaha untuk muncul sebagai antara pembuat sarung tangan terkemuka dalam industri.

“Kami juga meninjau kemungkinan bagi penyenaraian bahagian pembuatan kami secara berasingan daripada kumpulan untuk membuka lagi nilainya,” katanya.

Mah Sing menyasarkan pasaran Hong Kong memandangkan permodalan syarikat-syarikat di sana hampir 15 kali ganda berbanding di Bursa Malaysia.

Pengarah Eksekutif Korporat dan Pelaburan, Datuk Steven Ng Poh Seng berkata, dari segi jumlah dagangan pula, ia hampir 20 kali ganda dan lebih mudah untuk penggabungan dan pengambilalihan serta memperoleh kontrak perniagaan berikutan kedudukannya sebagai pasaran antarabangsa.

Mah Sing turut mengumumkan bahawa ujian dan pentauliahan dua barisan pengeluaran sarung tangan pertama di kilang pembuatan sarung tangan pertamanya juga kini selesai.

Operasi dijangka bermula bulan depan dan penghantaran sarung tangan pertama mungkin dibuat dalam tempoh dua bulan akan datang.

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In