• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Impak Penstrukturan Semula Bank Islam Kepada Pemegang Saham BIMB Holding

in Catalyst
A A
Impak Penstrukturan Semula Bank Islam Kepada Pemegang Saham BIMB Holding
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Proses penstrukturan semula syarikat dijangka selesai pada penghujung Ogos 2021

Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam

Sumber: The Star

Bank Islam telah mengumumkan penstrukturan semula kumpulan syarikat mereka pada Disember 2019 setelah mendapat persetujuan daripada badan penyelia seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan juga para pelabur.

Namun proses penstrukturan semula ini tertunda akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah membataskan Bank Islam untuk melaksanakan agenda penstrukturan semula.

Antara sebab utama kepada penstrukturan semula syarikat ini adalah untuk:

  • Memudahkan dan mengemaskan struktur syarikat
  • Meningkatkan ketelusan syarikat 
  • Menyediakan peluang kepada pelabur
  • Membebaskan dana syarikat

CEO Bank Islam menyatakan bahawa penstrukturan semula ini dapat memberikan peluang kepada pelabur yang mencari syarikat perbankan patuh syariah untuk dilaburkan.

Dengan penstrukturan sedia ada, BIMB Holding mempunyai dua cabang perniagaan utama dibawahnya iaitu Bank Islam sebagai perbankan patuh syariah sepenuhnya dan juga Syarikat Takaful Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan takaful. 

Apa Yang Berubah Selepas Penstrukturan Ini?

Sebelum ini, entiti yang tersenarai  pasaran saham adalah BIMB Holding Berhad dan Takaful Malaysia manakala Bank Islam dan entiti lain tidak tersenarai di pasaran saham.

Ini bermakna, pelabur yang hendak melabur perbankan islam hanya mempunyai akses kepada saham BIMB Holding Berhad yang turut meliputi syarikat takaful.

Dengan penstrukturan semula ini, pelabur boleh memilih saham perbankan patuh syariah sepenuhnya tanpa terdedah kepada entiti takaful seperti sebelum ini.

Proses penstrukturan semula dijangka akan selesai pada hujung Ogos 2021. 

Apa Akan Jadi Kepada Pemegang Saham BIMB Holding?

Pemegang saham BIMB Holding Berhad tidak perlu risau kerana syarikat ini tidak dinyahkan dari senarai di pasaran saham tetapi hanya penstrukturan semula syarikat sahaja yang berlaku

CEO Bank Islam semasa taklimat Hala Tuju Bank Islam yang berlangsung pada 21 April 2021 menyatakan bahawa kemungkinan pemegang saham BIMB Holding Berhad akan menerima empat saham Bank Islam dan satu saham Takaful Malaysia selepas proses penstrukturan semula ini selesai. 

Nisbah pembahagian ini masih belum muktamad dan masih dalam proses penilaian semula oleh BIMB Securities yang menguruskan penstrukturan semula ini.

Kepada pemegang waran BIMB Holding pula akan menerima tunai sebanyak RM0.38 untuk seunit waran yang dimiliki.

Berbaloi Ke Melabur Dalam Syarikat Bank Islam Ni?

Dari segi fundamental, syarikat ini berjaya memperoleh nilai Return On Equity (ROE) sebanyak 12.8% dan Earning Per Share (EPS) 40.21 sen pada tahun 2020.

Pendapatan bersih syarikat juga meningkat sebanyak 8.9% kepada RM1.1 bilion berbanding tahun 2019.

Bank Islam juga merupakan antara syarikat perbankan yang mampu untuk membayar dividen dengan kadar 3.16% kepada pelabur mereka dan ianya merupakan kadar yang tertinggi untuk industri perbankan pada tahun 2020. 

Bank Islam juga berjaya menduduki tangga ketiga dalam skor ESG selepas Maybank dan Public Bank.

Untuk menjawab persoalan bagus atau tidak, ianya bergantung kepada pelabur dalam menganalisa syarikat ini dengan tersendiri.

Jangan lupa bahawa Bank Islam merupakan satu-satunya syarikat perbankan Islam sepenuhnya yang tersenarai di pasaran saham.

Baca: BIMB Melaksanakan Piawai ESG Untuk Perbank Islam

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share461ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In