• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 April — Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat yang juga hari terakhir dagangan minggu ini susulan kebimbangan berterusan membabitkan COVID-19 dan prestasi semalaman Wall Street yang suram.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sedikit sebanyak 0.28 mata kepada 1,607.45 manakala saham-saham sarung tangan mencatat pulangan lebih terhad.

Sewaktu dibuka, indeks petunjuk utama susut 0.45 mata kepada 1,607.28.

Sentimen pasaran secara keseluruhannya juga terjejas sedikit dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 232 berbanding 222 manakala 344 kaunter lain tidak berubah, 1,395 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 578.44 juta saham bernilai RM340.86.

Sementara itu, Malacca Securities berkata berkata walaupun pelabur mungkin menumpukan saham dengan prospek meraih pulangan lebih tinggi, pasaran sebaliknya kekal bimbang berikutan peningkatan kes jangkitan virus itu selain kelemahan prestasi pasaran saham AS.

Malah, saham-saham tersebut rendah apabila Indeks Dow Jones susut 0.9 peratus selepas Presiden AS Joe Biden mencadangkan supaya cukai pulangan modal dinaikkan sekali ganda bagi mereka yang berpendapatan US$1.0 juta dan ke atas.

Laporan menyatakan Biden dijangka mengumumkan cadangan itu minggu depan yang menjadi antara usaha menampung perbelanjaan negara itu.

Di peringkat tempatan, harga minyak sawit mentah (MSM) terbukti lebih kukuh dan menghampiri paras RM4,000 satu tan manakala minyak mentah Brent juga dijangka mencatat harga lebih tinggi.

Selain itu, prestasi dagangan kayu-kayan juga dilaporkan meningkat.

“Kami yakin saham-saham berkaitan perladangan, minyak dan gas, perkayuan akan mendapat perhatian. Industri pengangkutan dan logistik pula dijangka meningkat semula selepas mengalami penurunan sederhana dalam dagangan Khamis,” kata firma pembrokeran itu dalam notanya pada Jumaat.

Top Glove dan Hartalega terus mendahului saham-saham wajaran tinggi apabila masing-masing naik enam sen kepada RM5.68 dan RM10.60 manakala Supermax meraih 12 sen kepada RM5.89.

TM untung tiga sen kepada RM5.81 manakala Press Metal menokok empat sen kepada RM5.25.

Sebaliknya, Sime Darby susut dua sen kepada RM2.27, IHH turun lima sen kepada RM5.45, CIMB rendah tiga sen kepada RM4.21 dan Public Bank rugi satu sen kepada RM4.19.

Bagi saham aktif, Mah Sing naik 11 sen kepada RM1.05, Focus Dynamics menokok satu sen kepada 12.5 sen, Bina Puri merosot setengah sen kepada 8.5 sen dan Key Asic tidak berubah pada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 3.10 mata kepada 11,831.76, FBMT 100 susut 5.90 mata kepada 11,486.80 dan FBM 70 turun 22.94 mata kepada 15,607.42.

FBM Emas Shariah pula menambah 7.50 mata kepada 13,279.79 manakala FBM ACE naik 52.08 mata kepada 8,634.49.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan berkurangan 1.61 mata kepada 6,854.50, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 23.39 mata kepada 15,024.03 dan Indeks Perkhidmatan dan Produk Perindustrian sebaliknya meningkat 0.26 mata kepada 195.98.

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In