• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kaunter Sarung Tangan Terajui Aliran Meningkat Di Bursa Malaysia

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan aliran meningkat pada Khamis diterajui oleh sektor penjagaan kesihatan, terutamanya kaunter sarung tangan, yang menjejaki pemulihan di pasaran Amerika Syarikat (AS) dan serantau.

Kebanyakan indeks sektor kekal dalam julat positif, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.15 mata kepada 1,607.73 pada penutup.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 3.31 mata kepada 1,599.89 dan turun naik antara 1,609.10 dan 1,598.19 sepanjang sesi.

Suasana pasaran secara keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 545 berbanding 534, manakala 442 kaunter tidak berubah, 665 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan, bagaimanapun, merosot kepada 7.90 bilion saham bernilai RM4.98 bilion daripada 8.68 bilion saham bernilai RM4.40 bilion pada Rabu.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kembalinya minat pelabur terhadap kaunter sarung tangan adalah disebabkan kes COVID-19 yang meningkat secara mendadak di kebanyakan tempat di dunia.

“Malaysia mencatatkan kes jangkitan yang meningkat, melepasi 2,000 kes pada 15 April, paras yang tidak dilihat sejak 15 Mac.

“India mencatatkan jumlah harian tertinggi di dunia sebanyak 314,835 kes hari ini berikutan gelombang kedua pandemik yang mewujudkan kebimbangan baharu mengenai kemampuan perkhidmatan kesihatan untuk menanganinya,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan perintah darurat untuk Tokyo dan Osaka berikutan lonjakan kes baharu.

Pasaran tempatan turut bergerak sejajar dengan kebanyakan bursa serantau, walaupun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan semula jangkitan COVID-19 di peringkat global.

Pada Rabu, pasaran saham AS meningkat semula berikutan perhatian pelabur beralih kepada kemajuan dalam pemulihan ekonomi dalam persekitaran pengumuman pendapatan korporat.

Dow meningkat 0.93 peratus kepada 34,137.31, Nasdaq naik 1.19 peratus untuk ditutup kepada 13,950.22 dan S&P 500 naik 0.93 peratus kepada 4,173.42.

Top Glove menerajui saham wajaran tinggi, yang naik 17 sen kepada RM5.62, Hartalega meningkat 42 sen kepada RM10.54, Supermax menambah 23 sen kepada RM5.77 dan IHH naik 15 sen kepada RM5.50, berikutan keyakinan terhadap permintaan yang berterusan dalam keadaan kes COVID-19 yang meningkat.

Petronas Chemicals naik 12 sen kepada RM7.91 dan HLFG meningkat 22 sen kepada RM17.

Dalam kalangan kaunter aktif, Ucrest merosot tujuh sen kepada 41.5 sen, Key Asic susut 1.5 sen kepada 19.5 sen, Focus Dynamics dan Green Ocean, masing-masing tidak berubah pada 11.5 sen dan 4.5 sen manakala Rubberex menambah dua sen kepada RM1.42.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 79.74 mata kepada 11,834.86, FBMT 100 menambah 81.93 mata kepada 11,492.70 dan FBM 70 meningkat 119.91 mata kepada 15,630.36.

FBM Emas Shariah naik 119.70 mata kepada 13,272.29 dan FBM ACE meningkat 56.33 mata kepada 8,582.41.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 39.08 mata kepada 6,856.11, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 36 mata kepada 15,047.42 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.96 mata kepada 195.72.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 4.51 bilion saham bernilai RM3.80 bilion daripada 5.03 bilion saham bernilai RM3.35 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran naik kepada 447.19 juta unit bernilai RM45.82 juta daripada 3364.98 juta unit bernilai RM49.19 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 2.94 bilion saham bernilai RM1.14 bilion daripada 3.29 bilion saham bernilai RM1 bilion semalam.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 499.85 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.16 bilion), pembinaan (249.03 juta), teknologi (1.29 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (52.51 juta), hartanah (289.20 juta), perladangan (46.50 juta), REIT (3.80 juta), dana tertutup (57,500), tenaga (476.28 juta), penjagaan kesihatan (179.41 juta), telekomunikasi dan media (111.44 juta), pengangkutan dan logistik (124.40 juta) dan utiliti (31.72 juta).

— BERNAMA

Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In