• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam persekitaran petunjuk yang rendah daripada Wall Street semalaman.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.77 mata kepada 1,603.80 daripada 1,607.57 semasa ditutup semalam.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 2.70 mata kepada 1,604.87.

Suasana pasaran secara keseluruhannya negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 248 berbanding 173, manakala 319 kaunter tidak berubah, 1,426 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 366.08 juta saham bernilai RM201.39 juta.

Malacca Securities berkata walaupun sentimen pasaran dijangka kurang memberangsangkan, menjejaki penurunan di Wall Street, bursa tempatan mungkin disokong oleh minat belian dalam saham berpendapatan tinggi menjelang laporan pendapatan suku tahunan syarikat.

Pasaran saham AS terus merosot pada Selasa berikutan Dow jatuh 0.8 peratus dalam persekitaran kes COVID-19 yang meningkat, mempengaruhi sejumlah pendapatan korporat yang kukuh baru-baru ini.

Di Asia, saham ditutup kebanyakannya rendah semalam, manakala harga minyak susut daripada paras tertinggi dalam tempoh sebulan pada Isnin berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan penguatkuasaan sekatan di India untuk membendung peningkatan jangkitan dan kematian disebabkan COVID-19.

Dalam negara, katanya pedagang dijangka memberi tumpuan kepada kaunter perladangan berikutan harga minyak mentah sawit meningkat semula melebihi RM3,800 satu tan.

“Selain itu, kami menjangka akan menyaksikan minat belian di kaunter sarung tangan yang lain susulan laporan pendapatan tinggi Kossan yang dikeluarkan semalam dalam persekitaran kes COVID-19 harian yang meningkat.

“Saham berkaitan bahan binaan turut menjadi tumpuan berikutan kenaikan harga bahan mentah,” katanya dalam nota.

Kebanyakan saham wajaran tinggi rendah dengan Press Metal kekal dalam julat negatif, merosot 13 sen kepada RM5.13, manakala Axiata dan Maxis, masing-masing susut lima sen kepada RM3.95 dan RM4.73.

MISC berkurangan sembilan sen kepada RM6.71 dan Digi turun empat sen kepada RM4.21.

Sebaliknya, Top Glove naik empat sen kepada RM5.44 dan Supermax meningkat 10 sen kepada RM5.50.

Dalam kalangan kaunter aktif, Ucrest naik setengah sen kepada 60 sen, Key Asic tidak berubah pada 20.5 sen, Dataprep melonjak 33 sen kepada RM2.33 dan Bina puri tidak berubah pada RM9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 14.45 mata kepada 11,810.68, FBMT 100 susut 19.09 mata kepada 11,467.46 manakala FBM 70 naik 4.14 mata kepada 15,607.06.

FBM Emas Shariah susut 23.21 mata kepada 13,208.87 dan FBM ACE merosot 10.70 mata kepada 8,581.96.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan berkurangan 1.34 mata kepada 6,878.69, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 7.28 mata kepada 15,085.87 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.02 mata kepada 194.06.

— BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In