• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keyakinan Pelabur Asing Meningkat, Pasaran Glove Ibarat Pisang Goreng Panas

in Catalyst
A A
Keyakinan Pelabur Asing Meningkat, Pasaran Glove Ibarat Pisang Goreng Panas
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Keyakinan pelabur terhadap pasaran modal dan pasaran kewangan kekal melalui prestasi yang memberangsangkan walaupun berdepan dengan tahun 2020 yang amat mencabar.

Dengan ketidaktentuan akibat pandemik Covid-19, perubahan dasar luar Amerika Syarikat selepas tewasnya Donald Trump dan kelembapan ekonomi global, Bursa Malaysia masih mengekalkan prestasi terbaik di rantau ini.

Bursa Malaysia pada tahun 2020 merekodkan pulangan sebanyak 2.4%. Sekiranya jumlah dividen diambilkira, pelabur telah mengaut keuntungan sebanyak 5.8%.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Contoh saham-saham yang memberikan pulangan besar adalah saham berkaitan industri pembuatan sarung tangan getah.

Image by leo2014 from Pixabay

Pelabur asing pula memberikan reaksi yang bercampur-campur dan sukar diramalkan. Pada Januari 2021, pelabur asing dilaporkan menjual sebanyak RM535.5 juta saham tempatan.

Sekiranya dibandingkan dengan rakan serantau Asia yang lain seperti Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Filipina, Taiwan dan India, Malaysia mempunyai aliran keluar bersih asing bulanan terkecil pada Januari 2021.

Korea Selatan mencatatkan penjualan bersih asing bulanan tertinggi sebanyak USD5.2 bilion pada bulan yang sama. Jumlah ini kemudiannya meningkat kepada RM866.9 juta pada bulan Februari, menjadikannya sebagai bulan ke-20 berturut-turut untuk penjualan bersih pelabur asing.

Laporan sehingga bulan Februari juga memaklumkan dana antarabangsa telah menjual sebanyak RM1.7 bilion bersih ekuiti tempatan. Namun begitu, keyakinan pelabur asing dilihat kembali positif pada bulan Mac yang lalu.

Syarikat-syarikat di dalam industri sarung tangan getah seperti Top Glove Corp Bhd dan Supermax Corp Bhd adalah merupakan saham pilihan bagi pelabur asing yang berjaya menarik pelaburan luar dengan jumlah RM1.4 bilion (USD$340,000,000).

Press Metal Aluminium Holdings Bhd turut membawa aliran pelabur asing yang besar iaitu berjumlah RM189.9 juta.

Kredit Gambar: Top Glove

Sewaktu pandemik Covid-19 mula melanda dunia, saham syarikat pengeluar sarung tangan getah menjadi tarikan kepada pelabur asing ibarat goreng pisang panas. Dengan anggaran keuntungan sebanyak 6-8 peratus, syarikat seperti Top Glove dan Supermax nampaknya masih mampu menarik pelaburan luar masuk.

Sepanjang tahun lalu, pegangan saham oleh pelabur asing di negara kita kekal pada paras yang menggalakkan, iaitu pada kadar 21%.

Kredit Gambar: IMF

Unjuran International Monetary Fund (IMF) iaitu pertumbuhan sebanyak 7% bagi Malaysia pada tahun 2021 adalah lebih tinggi daripada keseluruhan ASEAN-5 (5.2%), dan hanya sedikit rendah berbanding China iaitu sebanyak 8.1%, dan India, sebanyak 11.5%.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh IMF pada Januari 2021, pertumbuhan yang menggalakkan ini juga disebabkan oleh sokongan ekonomi yang kompetitif dan eksport yang pelbagai.  

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share358ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In