• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Indeks Utama FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Dagangan Tengah Hari, Didorong Oleh Saham Perbankan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi ini lebih tinggi dirangsang oleh kaunter berwajaran tinggi seperti Maybank, CIMB dan HLFG tetapi di pasaran secara keseluruhan, kaunter rugi masih lagi mengatasi kaunter untung.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.82 mata kepada 1,604.11 daripada 1,600.29 ketika penutupan urus niaga petang Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.14 mata lebih tinggi pada 1,600.43 dan bergerak antara 1,591.83 dan 1,605.10 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 531 berbalas 418 manakala 431 kaunter tidak berubah, 786 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.45 bilion saham bernilai RM2.16 bilion.

Kebanyakan kaunter berwajaran tinggi turut kembali mendapat perhatian dengan hanya tujuh kaunter berada dalam zon merah sementara para pelabur pula bertumpu kepada kaunter seperti kewangan, tenaga, perladangan, telekomunikasi dan pembinaan.

Seorang penganalisis berkata pasaran serantau pula mempamerkan prestasi bercampur-campur, mengambil petunjuk daripada Wall Street.

Di bursa serantau, Nikkei Jepun turun lebih daripada dua peratus kepada 29,057.13, Indeks Hang Seng tidak berubah pada 29,105.73 dan Indeks Komposit Shanghai meningkat 0.29 peratus kepada 3,487.60.

Sementara itu, harga minyak pulih di tengah-tengah kelemahan nilai dolar AS.

Di dalam negara, saham berwajaran tinggi Maybank meningkat lima sen kepada RM8.33, CIMB menokok empat sen kepada RM4.28 dan HLFG mengukuh 20 sen kepada RM16.96.

Axiata meningkat 12 sen kepada RM3.91, Genting naik 16 sen kepada RM4.92 dan MISC 13 sen lebih tinggi kepada RM6.81.

Dalam kalangan kaunter aktif, Censof menambah sembilan sen kepada 52.5 sen, Key Asic naik 1.5 sen kepada 19 sen dan Sedania menyusut 9.5 sen kepada 30.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 22.58 mata kepada 11,809.78, FBMT 100 melonjak 23.73 mata kepada 11,468.81 dan FBM 70 mengembang 18.65 mata kepada 15,605.74.

FBM Emas Syariah naik 1.24 mata kepada 13,212.17 sementara FBM ACE 43.88 mata lebih tinggi kepada 8,614.06.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik sedikit 0.80 mata kepada 6,867.03, Indeks Perkhidmatan Kewangan pulih 62.62 mata kepada 15,090.12 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.93 mata kepada 195.271.

— BERNAMA

Share334ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In