• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

BIMB Melaksanakan Piawai ESG Untuk Perbankan Islam

in Catalyst
A A
BIMB Melaksanakan Piawai ESG Untuk Perbankan Islam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

BIMB Holding Berhad (BIMB) (5258) merupakan satu-satunya saham syarikat perbankan yang patuh syariah di Bursa Malaysia.

BIMB mempunyai anak syarikat yang menguruskan pelbagai aktiviti kewangan seperti:-

  • Bank Islam Malaysia Berhad (Perbankan)
  • Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful)
  • BIMB Securities Sdn Bhd (Pelaburan)

Nilai pasaran terkini BIMB adalah RM7.21 bilion dan harga seunit saham BIMB adalah sekitar RM3.90.

BIMB mengambil inisiatif untuk melaksanakan piawai Environmental, Social and Governance (ESG) yang mengetengahkan aspek sosial dalam pentadbiran syarikat terutamanya dalam penyaringan pelaburan.

Tiga kriteria yang penting dalam pelaksanaan standard ESG ini adalah:-

  • Persekitaran
  • Sosial
  • Tadbir urus

Kriteria persekitaran menitikberatkan cara syarikat memelihara alam sekitar dalam urusan seharian perniagaan seharian.

Untuk kriteria sosial pula, standard ini meneliti bagaimana syarikat mengurus dan berinteraksi dengan pekerja, pembekal, pelanggan dan masyarakat sekitar.

Kriteria terakhir standard ini mengutamakan pentadbiran sesebuah syarikat dari segi kepimpinan, pemberian gaji eksekutif, sistem audit, kawalan dalam dan juga hak pemegang saham yang diberikan syarikat.

BIMB Memberikan Fokus Utama Kepada Pelaksanaan Piawai ESG Untuk Perbankan Islam

Sebagai peneraju perbankan Islam di Malaysia, pelaksanaan piawai ESG merupakan keutamaan yang diberikan oleh BIMB dalam agenda perancangan syarikat ini.

Terkini, BIMB telah melaksanakan kerangka lestari dengan memenuhi lima kunci utama kepada piawai ESG seperti:

  1. Pelaksanaan kewangan yang bertanggunjawab
  2. Pertumbuhan syarikat yang inklusif
  3. Pengayaan bakat
  4. Pelaksanaan etika kerja dan laporan
  5. Perkongsian tentang kewangan islam

Berdasarkan inisiatif ke arah standard ESG ini, BIMB mensasarkan peningkatan penggunaan sistem kewangan hijau kepada 10% sehingga 20% untuk tiga tahun akan datang.

BIMB juga akan memasukkan penilai ESG dalam sistem skor kredit yang akan dilaksanakan secara penuh pada suku tahun kedua atau ketiga tahun 2022.

Penganalisa pasaran, Winson Ng daripada CGS-CIMB berpandangan bahawa syarikat yang mengamalkan piawai ESG ini akan mengurangkan risiko kredit untuk jangka masa yang panjang.

Hal ini kerana syarikat yang mengamalkan piawai ini mempunyai kelebihan seperti:

  1. Risiko imej dan ketidakpatuhan adalah rendah
  2. Berpotensi untuk menarik perhatian pelanggan baru dan dapat menjimatkan kos operasi
  3. Produktiviti pekerja yang meningkat dan mengurangkan kadar pekerja berhenti

Saranan Daripada Penganalisa Pasaran, CGS-CIMB

Sumber: Trading View

Harga saham BIMB telah mengalami penurunan hampir 10% sejak 26 Mac 2021 dan penganalisa melihat ianya sebagai peluang untuk membeli saham ini.

Sumber: CGS-CIMB

Saranan belian ini juga disokong oleh inisiatif BIMB dalam melaksanakan piawai global seperti ESG yang akan meningkatkan nilai syarikat di mata pelabur.

BIMB juga dijangka antara syarikat yang akan mendapat manfaat besar darpada peningkatan OPR yang dijangka berlaku pada tahun 2022.

CGS-CIMB meletakkan saranan belian terhadap saham BIMB ini dengan harga sasaran pada RM4.55.

Baca: Penganalisa Saham Sasar Harga Saham Daibochi Berhad Kepada RM4

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share368ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In