• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, April 19 (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila kes baharu harian COVID-19 masih kekal tinggi di negara ini, di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung selepas bursa mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut minggu lepas.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.09 mata kepada 1,600.29 berbanding paras penutup 1,608.38 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 0.27 mata lebih rendah kepada 1,608.11 dan turun naik antara paras 1,596.05 dan 1,608.62 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 739 berbanding 397, manakala 380 kaunter tidak berubah, 643 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7.47 bilion saham bernilai RM4.10 bilion daripada 6.56 bilion saham bernilai RM4.39 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kaunter seperti Genting Bhd dan Genting Malaysia menerajui kaunter rugi apabila peningkatan jumlah kes COVID-19 yang membimbangkan di Malaysia dan seluruh dunia membayangi prospek industri pelancongan.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata 2,078 kes baharu dilaporkan pada Isnin menjadikan bilangan kumulatif kes sebanyak 377,132 setakat ini. 

“Selain itu, ibu kota India, Delhi telah mengarahkan sekatan pergerakan selama enam hari pada Isnin apabila kes harian COVID-19 di seluruh negara itu mencecah paras tertinggi baharu,” kata Adam kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya, saham Supermax naik 2.5 peratus berikutan jangkaan tempoh sukar untuk mencapai era pasca pandemik akan terus melonjakkan permintaan terhadap sarung tangan getah.

Menurut Adam, penurunan pasaran diperlahankan oleh jangkaan dasar monetari kekal akomodatif di seluruh didunia memandangkan impak ekonomi daripada pandemik itu masih berterusan. 

Jangkaan bahawa dasar monetari seluruh dunia akan kekal akomodatif telah membantu saham-saham Asia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh sebulan.

Di pasaran tempatan, dalam kalangan saham wajaran tinggi Press Metal turun dua sen kepada RM5.38, Top Glove susut 11 sen kepada RM5.46 dan MISC berkurangan 14 sen kepada RM6.68.

CIMB turun lima sen kepada RM4.24 dan Genting Malaysia jatuh lapan sen kepada RM2.84.

Bagaimanapun, Supermax meningkat 13 sen kepada RM5.44 dan TM naik enam sen kepada RM5.96.

Dalam kalangan kaunter cergas, Minda Global naik 1.5 sen kepada 17 sen, Focus Dynamics susut 2.5 sen kepada 12.5 sen, Ucrest meningkat 8.5 sen kepada 43.5 sen dan Sedania Innovator melonjak 158 peratus atau 24.5 sen kepada 40 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 63.58 mata kepada 11,787.20, FBM Emas Shariah susut 64.51 mata kepada 13,210.93 dan FBMT 100 berkurangan 58.49 mata kepada 11,445.08.

FBM 70 susut 82.08 mata kepada 15,587.09 dan FBM ACE jatuh 27.17 mata kepada 8,570.18.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 13.82 mata kepada 6,866.23, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 47.66 mata kepada 15,027.50 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.63 mata kepada 196.20.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 4.20 bilion saham bernilai RM3.12 billon daripada 3.69 bilion saham bernilai RM3.35 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran turun kepada 362.24 juta unit bernilai RM50.34 juta daripada 466.88 juta unit bernilai RM65.35 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.90 bllion saham bernilai RM929.69 juta daripada 2.40 bilion saham bernilai RM973.84 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.05 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (866.56 juta), pembinaan (271.55 juta), teknologi (869.27 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (52.84 juta), hartanah (300.35 juta), perladangan (23.48 juta), REITs (6.0 juta), dana tertutup (7,000), tenaga (181.60 juta), penjagaan kesihatan (114.16 juta), telekomunikasi dan media (293.90 juta), pengangkutan dan logistik (149.93 juta) dan utiliti (26.76 juta).

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In