• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) —  Dagangan di Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi lebih rendah hari ini, menyaksikan sentimen pasaran yang lemah berikutan peningkatan kes tempatan COVID-19 telah menjejaskan kehendak risiko dalam kalangan pelabur.

Walaupun Wall Street memperlihatkan dagangan semalaman yang kukuh dan beberapa keuntungan dicatatkan di pasaran serantau utama, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.61 mata kepada 1,602.64 berbanding 1,608.25 ketika ditutup semalam (Khamis).

Indeks utama yang dibuka 0.81 mata lebih rendah pada 1,607.44 bergerak antara 1,600.3 dan 1,609.11 sepanjang sesi awal.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan tidak bermaya dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 545 berbalas 381 manakala 948 kaunter tidak berubah, 305 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.6 bilion saham bernilai RM2.43 bilion.

Jumlah kes harian baharu COVID-19 di Malaysia melonjak kepada 2,148 semalam (Khamis) daripada 1,889 sehari sebelumnya. Kali terakhir negara mencatatkan kes melebihi 2,000 sehari ialah pada 5 Mac dengan sejumlah 2,154 kes.

Ini, bagaimanapun telah membantu melonjakkan Indeks Penjagaan Kesihatan sebanyak 3.92 mata kepada 3,150.86.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing susut dua sen kepada RM8.28, RM4.21 dan RM5.33, sementara Petronas Chemicals dan Tenaga masing-masing turun empat sen kepada RM7.87 dan RM10.08.

Bagi kaunter aktif, Ucrest naik 6.5 sen kepada 36 sen, Focus meningkat 3.5 sen kepada 20.5 sen, Careplus menambah 11 sen kepada RM2.03 dan Rubberex naik lapan sen kepada RM1.45.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 33.45 mata pada 11,818.38, FBMT 100 kehilangan 36.06 mata kepada 11,472.78, FBM 70 menguncup 33.44 mata kepada 15,666.94, FBM Emas Syariah merosot 31.48 mata kepada 13,219.97 dan FBM ACE jatuh 54.62 mata hingga 8,808.68.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.82 satu mata kepada 195.59, Indeks Perladangan susut 62.65 mata kepada 6,867.72 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 19.84 mata kepada 15,090.24.

— BERNAMA

Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In