• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Excel Force (Edisi: 2021)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Excel Force (Edisi: 2021)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Excel Force MSC Berhad (KLSE: 0065) (EForce) adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang menjana pendapatannya daripada membekal dan menyelenggara aplikasi dan sistem untuk industri kewangan, terutamanya untuk broker-broker saham dan bank-bank pelaburan di Malaysia.

Produk-produk keluaran EForce adalah seperti:

EForce mempunyai nilai pasaran  sebanyak RM258.74 juta.

Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum melabur saham EForce:

1. Segmen Utama 

EForce membahagikan perniagaannya kepada 3 segmen seperti berikut:

EForce menjana kebanyakan perolehannya daripada segmen ASP. Segmen ini menjana perolehan secara berterusan dan ianya terdiri daripada caj tetap dan caj variable, bergantung kepada jumlah dan transaksi.

Pada tahun 2019, segmen ASP telah menyumbang sebanyak RM16.1 juta di dalam perolehan. Ianya merupakan 68.9% daripada jumlah perolehan keseluruhan bagi EForce.

2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini

EForce telah mencatatkan peningkatan perolehan dan keuntungan bersih pada tahun 2010 sehingga tahun 2015.

Ianya disumbangkan oleh peningkatan perolehan daripada segmen ASP dan AS pada masa tersebut.

Pada tahun 2014, EForce telah mencatatkan keuntungan daripada pelupusan premis pejabatnya di Jaya One yang bernilai RM1.4 juta.

Keuntungan ini adalah secara ‘one-off’ dan ianya telah menyebabkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM8.6 juta pada tahun 2014.

Pada tahun 2016, EForce telah merekodkan kemerosostan daripada segi perolehan untuk segmen AS.

Maka, segmen ini telah mencatatkan  kemerosotan  perolehan, daripada RM25.3 juta pada tahun 2015 kepada RM22.5 juta pada tahun 2016.

Semenjak itu, EForce telah mengekalkan perolehan keseluruhannya sekitar paras RM22 juta sehingga RM23 juta setahun pada tahun 2017 sehingga tahun 2019.

Oleh itu, EForce telah menjana keuntungan bersih sekitar RM6 juta hingga RM7 juta setahun untuk tempoh tersebut.

Angka di dalam RM ‘000

3. Pengurusan Aliran Tunai

Pada tahun 2010 sehingga tahun 2019, EForce telah menjana sebanyak:-

  • RM43.5 juta di dalam aliran tunai operasi,
  • RM6.7 juta di dalam pendapatan faedah
  • RM 54.5 juta di dalam pengisthiharan ekuiti.

Pada masa yang sama, EForce telah membayar:

Kecuali pada tahun 2015, EForce telah mengekalkan baki tunainya lebih daripada RM20 juta untuk tempoh10 tahun tersebut.

Oleh itu, EForce merupakan sebuah syarikat yang berupaya menjana aliran tunai yang positif untuk operasi secara berterusan.

Ini membolehkan syarikat membayar dividen setiap tahun secara berterusan untuk tempoh 10 tahun terkini.

4. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Untuk tempoh 12 bulan terkini, EForce telah menjana sebanyak RM31.39 juta di dalam perolehan dan RM10.82 juta di dalam keuntungan bersih atau sebanyak 1.90 sen di dalam Earnings Per Share (EPS).

Keuntungannya yang terkini adalah lebih tinggi daripada keuntungan pada tahun 2017 sehingga tahun 2019. Ia disumbangkan oleh peningkatan perolehannya daripada segmen ASP pada tahun 2020.

5. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada suku keempat tahun 2020, EForce tidak mempunyai liabiliti bukan semasa dan ia mencatat RM92.92 juta dalam ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutangnya adalah sifar.

Pada masa tersebut, EForce telah merekodkan RM54.21 juta dalam aset semasa dan RM9.55 juta dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasanya adalah 9.73.

6. Pemegang Saham Utama

Pemegang saham utama bagi EForce adalah seperti berikut:

Wong Thean Soon merupakan alternative director bagi Dato’ Dr Norraesah binti Haji Mohamad di dalam EForce.

7. P/E Ratio

Pada 1 April 2021, harga EForce ialah RM0.46 setiap saham. Maka, P/E Ratio bagi EForce yang terkini adalah 24.21.

P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 0.46 / RM 0.019

= 24.21

8. P/B Ratio

Pada suku keempat tahun 2020, EForce telah merekodkan RM0.17 di dalam aset bersih sesaham dan dengan itu, nisbah P/B Ratio-nya yang terkini adalah sebanyak 2.71.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 0.46 / RM 0.17

= 2.71

9. Kadar Dividen

Bagi tahun 2020, EForce telah mengisytiharkan:

Ini bermakna, kadar dividen EForce adalah 3.26% setahun.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.015 / RM 0.46) x 100%

= 3.26%

Kesimpulan:

Secara kesimpulan, kami mendapati:

Jadi, wajarkah kita melabur di dalam saham EForce?   Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share500ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In