• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Saham Press Metal, Sarung Tangan Getah Bantu Lonjakkan Indeks Utama FBM KLCI Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) — Momentum belian berterusan di kaunter berkaitan indeks yang didahului oleh Press Metal dan saham sarung tangan getah telah membantu melonjakkan indeks utama di Bursa Malaysia untuk mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi.

Peningkatan di bursa tempatan itu dicatat meskipun pasaran secara keseluruhannya agak lesu.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.02 mata kepada 1,601.3 berbanding 1,598.28 ketika ditutup pada urus niaga petang Rabu.

Indeks utama yang dibuka 1.53 mata lebih tinggi pada 1,599.81 bergerak antara 1,597.78 hingga 1,604.63 sepanjang sesi.

Harga saham syarikat acuan aluminium Press Metal melonjak 58 sen kepada RM10.60 dengan 3.71 juta saham bertukar tangan hari ini, menyumbang 4.431 mata kepada indeks komposit.

Bagi pembuat sarung tangan getah, Top Glove naik 22 sen kepada RM5.35, Hartalega meningkat 35 sen kepada RM9.82 dan Supermax mengukuh 36 sen kepada RM4.96. Saham-saham sarung tangan getah ini menyumbang 7.539 mata gabungan kepada FBM KLCI.

Seorang peniaga berkata minat membeli sarung tangan getah muncul semula selepas penularan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan arah aliran menaik.

Kes COVID-19 baharu di Malaysia meningkat kepada 1,889 semalam daripada 1,767 sehari sebelumnya – jumlah jangkitan baharu tertinggi sejak 6 Mac, sekali gus menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini kepada 365,829.

Bagaimanapun di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 631 berbalas 316 manakala 889 kaunter tidak berubah, 343 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.54 bilion saham bernilai RM2.33 bilion.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.32, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM7.90 dan Tenaga tidak berubah pada RM10.16.

Public Bank dan CIMB masing-masing susut satu sen kepada RM4.19 dan RM4.27, sementara IHH Healthcare turun tujuh sen kepada RM5.33.

Bagi kaunter aktif, LKL menambah satu sen kepada 36.5 sen, Minda naik 1.5 sen kepada 16.5 sen, Focus turun enam sen kepada 29 sen dan Mestron menambah tiga sen kepada 32.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 6.58 mata pada 11,828.26, FBMT 100 susut 4.5 mata kepada 11,478.14, FBM 70 jatuh 106.71 mata kepada 15,731.8 dan FBM ACE merosot 258.81 mata kepada 9,074.69.

Bagaimanapun FBM Emas Syariah menokok 22.4 mata kepada 13,225.11.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 38.56 mata kepada 6,930.26 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 45.89 mata kepada 15,075.34 tetapi Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian bertambah 1.62 mata kepada 196.54.

— BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In