• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Press Metal, Sarung Tangan Getah Tingkatkan FBM KLCI Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Momentum belian yang berterusan dalam kaunter berkaitan indeks, didorong oleh Press Metal dan saham sarung tangan getah, membantu indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh walaupun pasaran lebih luas lemah.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.97 mata untuk ditutup pada paras tertinggi harian pada 1,608.25 daripada 1,598.28 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks, yang dibuka tinggi 1.53 mata kepada 1,599.81, merosot serendah 1,597.78 hari ini.

Syarikat penyemperitan aluminium, Press Metal menyaksikan harga sahamnya naik 68 sen kepada RM10.70 dengan 7.74 juta saham bertukar tangan hari ini, menyumbang 5.195 mata kepada indeks komposit berikutan pelabur menjangka harga aluminium yang meningkat akan memacu pendapatan kumpulan.

Bagi pengeluar sarung tangan getah, Top Glove meningkat 31 sen kepada RM5.44, Hartalega naik 53 sen kepada RM10.00 dan Supermax menambah 50 sen kepada RM5.10. Saham sarung tangan getah ini menyumbang gabungan 10.824 mata kepada FBM KLCI.

Peniaga berkata minat belian terhadap sarung tangan getah meningkat semula berikutan jangkitan COVID-19 di negara ini yang terus menunjukkan aliran meningkat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter beliau hari ini, menyatakan kes baharu COVID-19 negara kembali mencatatkan angka melepasi 2,000 dengan 2,148 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Kali terakhir negara mencatat kes melebihi angka 2,000 adalah pada 5 Mac lalu dengan 2,154 kes.

Dalam pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak lebih dua kali ganda — 801 kepada 324 — manakala 731 kaunter tidak berubah, 323 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 6.52 bilion saham bernilai RM4.74 bilion daripada 5.91 bilion saham bernilai RM2.99 bilion pada Rabu.

Daripada saham wajaran tinggi, Public Bank dan Petronas Chemicals, masing-masing naik tiga sen kepada RM4.23 dan RM7.91, manakala Maybank susut satu sen kepada RM8.30, Tenaga merosot empat sen kepada RM10.12 dan IHH Healthcare berkurangan lima sen kepada RM5.35.

Dalam kalangan kaunter aktif, LKL merosot 1.5 sen kepada 34 sen, Focus Dynamics susut 11 sen kepada 24 sen, Minda menambah satu sen kepada 16 sen, G3 Global naik lima sen kepada 21.5 sen manakala AT Systematization tidak berubah pada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 16.99 mata kepada 11,851.83, FBMT 100 meningkat 26.21 mata kepada 11,508.85 dan FBM Emas Shariah menambah 48.74 mata kepada 13,251.45.

Bagaimanapun, FBM 70 susut 138.12 mata kepada 15,700.39 dan FBM ACE jatuh 470.2 mata kepada 8,863.3.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan berkurangan 38.45 mata kepada 6,930.37 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 11.15 mata kepada 15,110.08, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.49 mata kepada 196.41.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 3.7 bilion saham bernilai RM3.64 bilion daripada 3.39 bilion saham bernilai RM2.27 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran naik kepada 509.46 juta unit bernilai RM67.77 juta daripada 353.69 juta unit bernilai RM50.75 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 2.31 bilion saham bernilai RM1.04 bilion daripada 2.33 bilion saham bernilai RM674.41 juta sebelum ini.  

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 968.12 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.14 bilion), pembinaan (129.67 juta), teknologi (375.31 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (69.98 juta), hartanah (306.73 juta), perladangan (22.8 juta), REIT (9.9 juta), dana tertutup (15,200), tenaga (330.15 juta), penjagaan kesihatan (179.48 juta), telekomunikasi dan media (51.45 juta), pengangkutan dan logistik (71.22 juta) dan utiliti (48.07 juta).

— BERNAMA

Share473ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In