• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Highlight Keadaan Pasaran Saham Sepanjang Minggu Pertama April 2021

in Market Update
A A
Highlight Keadaan Pasaran Saham Sepanjang Minggu Pertama April 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

“Apa yang terjadi di Bursa Malaysia pada minggu lepas?”

Sumber: CGS-CIMB

Indeks pasaran saham Bursa Malaysia pada 13 April 2021 ditutup rendah pada paras 1597.71 mata dengan kejatuhan sebanyak 10.71 mata. Kejatuhan ini dipercayai berpunca daripada aktiviti pengambilan keuntungan oleh pelabur terutamanya daripada sektor seperti:-

  • Kesihatan (-1.21%)
  • Telekomunikasi (-1.06%)

Indeks FBM KLCI dijangka akan mengekalkan fasa mendatar dan berlegar-legar sekitar 1560 sehingga 1649 mata berikutan tiada pemangkin yang kuat untuk menggerakkan pasaran.

Mari kita lihat ringkasan tentang apa yang terjadi di pasaran saham Bursa Malaysia sepanjang minggu pertama April 2021.

1. Pelabur Runcit Kekal Sebagai Pembeli Terbesar Sementara Pelabur Asing Kekal Sebagai Penjual Terbesar Di Pasaran

Walaupun pelabur runcit merupakan pembeli terbesar dalam pasaran, namun jumlah dagangan daripada pelabur runcit sebenarnya merosot sehingga 69% berbanding minggu sebelumnya.

Pelabur asing kekal sebagai penjual terbesar dalam pasaran pada minggu pertama April 2021. Namun begitu, jumlah jualan saham daripada pelabur asing dilihat berkurangan sehingga 55% berbanding minggu sebelumnya.

2. Indeks KLCI Meningkat 1.7%, Hasil Daripada Sektor Kesihatan Dan Telekomunikasi

Sumber: Trading View

Pelabur institusi tempatan merupakan pembeli terbesar saham-saham berkaitan sektor kesihatan sementara pelabur runcit merupakan penjual terbesar untuk sektor tersebut.

Untuk sektor telekomunikasi pula, pelabur institusi dan pelabur asing merupakan pembeli utama saham-saham dalam sektor ini. Pelabur runcit pula merupakan penjual utama kepada saham Digi.

3. Pelabur Asing Pembeli Utama Saham Digi, Pelabur Institusi Pula Pembeli Utama Saham Axiata

Sumber: Fintechnews

Saham syarikat Digi merupakan pilihan utama pelabur institusi asing untuk membeli pada minggu lepas sementara Axiata merupakan antara pilihan utama untuk dijual.

Sebaliknya pula terjadi kepada aktiviti pelabur institusi tempatan dimana saham syarikat Axiata menjadi antara saham pilihan mereka.

4. Potensi Perubahan Pandangan Kepada Sektor Kesihatan

Pelabur institusi mengubah tumpuan mereka terhadap sektor kesihatan setelah menjadi penjual yang tetap untuk sembilan minggu sebelumnya.

Berbeza dengan pelabur runcit yang kini menjadi penjual terbesar sektor kesihatan setelah menjadi pembeli utama untuk sektor ini selama lapan minggu terdahulu.

Pelabur asing juga merupakan antara pembeli utama sektor ini untuk enam minggu terkini.

5. Public Bank Dan Top Glove Menjadi Saham Aktif Didagangkan

Pelabur institusi tempatan dan asing merupakan antara pembeli terbesar saham Top Glove dan penjual terbesar Saham Public Bank pada minggu lepas.

Keadaan ini berbeza dengan pelabur runcit yang menjadi penjual utama saham Top Glove dan pembeli utama kepada saham Public Bank.

* Saham Public Bank merupakan saham yang tidak patuh syariah

Sumber Rujukan: CGS-CIMB i-TRADE

Share379ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In