• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini seiring bursa serantau, didorong oleh sentimen pasaran yang lebih baik ekoran kebimbangan terhadap inflasi tinggi Amerika Syarikat yang mereda, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.91 mata kepada 1,600.19 daripada 1,597.71 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks dibuka 1.53 mata lebih tinggi kepada 1,599.81.

Peningkatan dalam indeks komposit disokong oleh kenaikan saham sarung tangan getah dan kaunter saham wajaran tinggi terpilih yang lain.

Supermax dan Top Glove naik enam sen masing-masing kepada RM4.66 dan RM5.19, manakala Hartalega meningkat tiga sen kepada RM9.50.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 212 kepada 180, manakala 309 kaunter tidak berubah, 1,476 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 265.65 juta saham bernilai RM158.26 juta.

Dalam satu nota, Malacca Securities Sdn Bhd berkata dengan penularan COVID-19 di negara ini yang menunjukkan aliran peningkatan, keseluruhan sentimen pasaran mungkin kekal gelisah.

Bagaimanapun, kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah keyakinan permintaan akan kembali selepas sekatan perjalanan, memberikan sedikit kelegaan terutamanya kepada penggiat minyak dan gas.

“Kami yakin kaunter minyak dan gas akan berada di bawah radar peniaga ekoran kenaikan harga minyak.

“Permintaan harian terhadap makanan dan pembungkusan ketika perintah kawalan pergerakan dilanjutkan, mungkin menarik minat belian dalam sektor pengguna dan pembungkusan,” katanya sambil memaklumkan sektor penjagaan kesihatan turut menjadi tumpuan memandangkan Malaysia berada di ambang gelombang keempat COVID-19 susulan peningkatan kes baharu dan aktif.

Kes baharu COVID-19 di negara ini menokok kepada 1,889 semalam berbanding 1,767 pada Selasa, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 365,829 kes.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.33, Petronas Chemicals dan Tenaga meningkat empat sen masing-masing kepada RM7.92 dan RM10.20, manakala Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM4.20 dan RM5.40. 

Dalam kalangan saham aktif,  AT Sytematization dan Asia Poly meningkat setengah sen masing-masing kepada 10 sen dan 41 sen, Widad naik satu sen kepada 54.5 sen, manakala Ucrest tidak berubah pada 30.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas tinggi 15.76 mata kepada 11,850.6, Indeks FBM Emas Shariah menokok 22.76 mata kepada 13,225.47, FBMT 100 naik 11.99 mata kepada 11,494.63, FBM 70 menambah 9.87 mata kepada 15,848.38 dan FBM ACE meningkat 85.79 mata kepada 9,419.29.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.57 mata kepada 195.49, Indeks Perladangan naik 1.2 mata kepada 6,970.02 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan  menokok 2.96 mata kepada 15,124.19.

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In