Boilermech Holdings Bhd (KLSE: 0168) (Boilerm) merupakan sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dan terlibat dalam industri bioenergi.
Boilerm terlibat dalam pembuatan, pemasangan, dan pembaikan sistem bioenergi dan menjual bahagian dan aksesori yang berkaitan dengan kilang kelapa sawit, penjana kuasa kepada industri berkaitan dengan pertanian yang lain.
Boilerm mempunyai nilai pasaran semasa bernilai RM737.9 juta. Mari kita lihat 12 perkara ini sebelum nak melabur saham Boilerm.
1. Bisnes Segmen 1: Sistem Bioenergi
Boilerm beroperasi di dua buah fasiliti pembuatan yang terletak Taman Perindustrian Subang yang dilengkapi dengan kapasiti pembuatan lebih daripada 80 unit boilers setahun.
Ia memasarkan produknya daripada fasilitinya di Subang dan daripada jualan pejabatnya di Jakarta, Indonesia.
Segmen ini telah merekod perolehan yang merosot daripada RM277.9 juta pada tahun 2015 kepada RM196.2 juta pada tahun 2020. Penurunan jualannya adalah disebabkan oleh :-
- Perang perdagangan Amerika Syarikat – China
- Penurunan nilai matawang Rupiah
- Penurunan hasil buah kelapa sawit
- Sentimen negatif Kesatuan Eropah terhadap kelapa sawit.

2. Bisnes Segmen 2: Water Treatment
Pada tahun 2016, Boilerm telah membeli 60.23% ekuiti pemegangan saham dalam Teknologi Enviro-Kimia (M) Sdn Bhd (TEK) dengan harga RM14.56 juta.
Syarikat ini terdiri daripada kontraktor dan pedagang kimia dan peralatan rawatan air untuk kilang kelapa sawit, terutamanya di timur Malaysia.
Pembelian ini termasuklah 30.72% ekuiti pemegangan saham dalam TEK Greencare Sdn Bhd (TEKG).
Pada tahun 2017, Boilerm telah meningkatkan jumlah ekuiti pemegangan saham ke dalam TEKG kepada 60.23% dengan pembelian 29.51% saham pada harga RM1.05 juta.
TEKG juga merupakan sebuah syarikat yang terlibat ke dalam aktiviti rawatan air, kimia, dan kerja-kerja kontrak.
Segmen ini merekodkan perolehan lebih daripada RM30 juta pada tahun 2018 sehingga tahun 2020.

3. Keputusan Kewangan 7 Tahun Terkini
Secara keseluruhannya, Boilerm mencatatkan perolehan sekitar RM200 sehingga RM300 juta di setahun pada tahun 2014 sehingga tahun 2020.
Penurunan jualan daripada segmen sistem bioenergi telah ditampung oleh sumbangan perolehan daripada segmen rawatan air.
Boilerm mencatatkan penurunan keuntungan bersih daripada RM39.2 juta pada tahun 2015 kepada RM23.3 juta pada tahun 2020. Ini berpunca daripada penurunan keuntungan daripada segmen sistem bioenergi.

4. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2014 sehingga tahun 2020, Boilerm telah menjana RM150.7 juta di dalam aliran tunai operasi positif dan RM12.0 juta di dalam pendapatan faedah.
Daripada jumlah tersebut, Boilerm telah membayar:
- RM14.2 juta untuk pelaburan ke dalam TEK dan TEKG.
- RM57.5 juta untuk dividen kepada pemegang sahamnya.
- RM3.2 juta untuk pemulangan bersih hutang jangka panjang.
- RM68.1 juta untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PPE)
Maka, Boilerm berupaya menjana aliran tunai operasi positif dan memilih untuk mengasingkan tunai operasi yang diterima untuk melaburkannya dalam PPE dan memberi dividen kepada pemegang sahamnya secara berterusan.
5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Pada 12 bulan terkini, Boilerm menjana RM221.2 juta dalam perolehan dan RM22.0 juta dalam keuntungan bersih atau 4.26 sen dalam earnings per share (EPS).
Perolehan dan keuntungan bersih bagi Boilerm adalah lebih rendah pada suku 2021 atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan 1.0.

6. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada suku ketiga tahun 2021, Boilerm merekodkan RM9.7 juta di dalam liabiliti bukan semasa dan RM223.8 juta di dalam ekuiti pemegang saham.
Ini menjadikan nisbah hutang bagi Boilerm adalah 4.34%.
Dalam masa yang sama, Boilerm mencatat RM236.7 juta di dalam aset semasa dan RM103.2 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, ia mempunyai nisbah semasa sebanyak 2.29.
7. Pembelian Fasiliti Pembuatan Boilers di Surabaya
Pada 18 Julai 2019, Boilerm telah menyelesaikan pembelian 2 lot tanah di Surabaya, Indonesia pada harga IDR 51.2 bilion (termasuk VAT) untuk membina dan operasi satu tapak pembuatan boilers.
8. TERA VA Sdn Bhd (TERA)
Pada 22 Mei 2020, Boilerm telah mengumumkan bahawa ia telah membeli 60% pemegangan saham di dalam TERA dengan harga RM2.5 juta. TERA merupakan sebuah syarikat pemasangan solar green energy products & electrical machineries di Malaysia.
9. Unusual Market Activity (UMA)
Pada 16 Mac 2021, Bursa Malaysia mengeluarkan UMA Query untuk menyoal perubahan harga yang mendadak terhadap harga saham Boilerm.
Pada 17 Mac 2021, Boilerm menjawab UMA Query tersebut dengan menjelaskan bahawa perniagaannya sedang dijalankan seperti biasa.
Ia juga tidak mengetahui bahawa apa-apa khabar angin, laporan, untuk menjelaskan punca-punca yang menyebabkan perubahan harga sahamnya yang ketara.
10. P/E Ratio
Buat pengetahuan anda, pada 28 Mac 2021, harga semasa Boilerm adalah RM1.43 setiap saham.
Berdasarkan nisbah EPS untuk 12 bulan terkini iaitu 4.26 sen, P/E Ratio Boilerm yang terkini adalah 33.57, tertinggi sejak tahun 2014.
P/E Ratio Terkini:
= Harga Semasa / EPS 2020 (Terkini)
= RM 1.43 / RM 0.0426
= 33.57

Nota:
Perbandingan nisbah P/E Ratio yang terkini sesuatu saham dengan nisbah P/E Ratio yang lepas adalah lebih bermakna, jika syarikat tersebut mencatatkan peningkatan keuntungan bersih secara berterusan pada jangka masa yang panjang.
11. P/B Ratio
Pada suku ketiga tahun 2020, Boilerm telah merekodkan RM0.43 dalam aset bersih setiap saham. Maka, P/B Ratio terkininya adalah 3.33, berdekatan dengan puratanya.
P/B Ratio Terkini:
= Harga Semasa / Aset Bersih Q3 2020 (Terkini)
= RM 1.43 / RM 1.46
= 3.33

12. Kadar Dividen

Pada tahun 2020, Boilerm telah membayar 1.75 sen dalam dividends per share (DPS). Ia telah mengekalkan pembayaran DPS-nya sekitar 1.50 – 2.00 sen setiap tahun.
Kadar dividen terkininya ialah 1.22% setahun, lebih rendah berbanding puratanya.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM0.0175 / RM1.43) x 100%
= 1.22%

Nota:
Perbandingan kadar dividen terkini dengan kadar dividen lepas adalah lebih bermakna jika syarikat tersebut dapat mencatatkan peningkatan keuntungan bersih secara berterusan pada jangka masa yang panjang.
Kesimpulan:
Secara kesimpulan, kami mendapati:

Akhir kata, sebagai pelabur yang bijak, anda sudah tahu kebolehan dan kemampuan Boilerm dalam pasaran saham berdasarkan data dan statistik yang dikongsikan di atas.
Keputusan untuk melabur ke saham Boilerm itu bergantung sepenuhnya kepada anda.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)