• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Naik Semula Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan selama dua hari berturut-turut pagi ini, selepas aktiviti belian saham pada harga rendah dalam pasaran tempatan.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.57 mata kepada 1,598.28 daripada 1,597.71 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka 2.48 mata kepada 1,600.19.

Peniaga berkata jualan baru-baru ini, yang mendorong indeks utama bergerak di bawah paras psikologi 1,600 semalam, telah menarik pelabur untuk mengumpul pegangan.

Beliau berkata perkembangan luaran yang terkini — data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan dan pelaksanaan vaksin COVID-19 oleh Johnson & Johnson yang dihentikan yang mencetuskan kebimbangan mengenai kelewatan pemulihan ekonomi — turut mempengaruhi sentimen di seluruh dunia.

Pada Selasa, Jabatan Tenaga Kerja AS mengumumkan Indeks Harga Pengguna meningkat 0.6 peratus pada Mac, selepas naik 0.4 peratus pada bulan sebelumnya. Ini berlaku secara tidak dijangka berikutan konsensus mengunjurkan akan meningkat 0.5 peratus.

Dalam negara, suasana pasaran secara keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 270 berbanding 207, manakala 1,271 kaunter tidak berubah, 431 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 805.99 juta saham bernilai RM290.21 juta.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan Top Glove, masing-masing naik tiga sen kepada RM8.35 dan RM5.11, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM7.94 dan CIMB menambah dua sen kepada RM4.25.

Public Bank dan Tenaga, masing-masing susut dua sen kepada RM4.21 dan RM10.18 manakala IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM5.38. 

Dalam kalangan kaunter aktif, Minda naik 1.5 sen kepada 19 sen, REX dan Ucrest, masing-masing menambah satu sen kepada 24.5 sen dan 28 sen, manakala TDM tidak berubah pada 27.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.28 mata kepada 11,830.05, FBM Emas Shariah meningkat 24.37 mata kepada 13,192.39, FBMT 100 menambah 9.71 mata kepada 11,477.59, FBM 70 menokok 35.16 mata kepada 15,812.33 dan FBM ACE naik 62.3 mata kepada 9,511.17.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.78 mata kepada 194.54, Indeks Perladangan naik 22.26 mata kepada 6,966.28, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.34 mata kepada 15,154.24.

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In