KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi kerugian yang dialami dua hari berturut-turut untuk ditutup tinggi petang ini, dengan indeks penanda aras melantun kembali, didorong oleh belian pada minit akhir urus niaga.
Aktiviti belian dilihat pada kaunter sarung tangan getah dan kaunter berwajaran tinggi terpilih.
Pada jam 5 petang, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.57 mata kepada 1,598.28 daripada paras 1,597.71 pada penutupan urus niaga petang Selasa.
Pagi ini, indeks itu dibuka 2.48 mata lebih tinggi pada 1,600.19 dan berlegar antara 1,592.87 dan 1,601.37 sepanjang hari urus niaga.
Supermax mencatatkan keuntungan terbesar dalam kalangan 30 indeks konstituen selepas meningkat 14 sen kepada RM4.60 dengan 16.6 juta saham bertukar tangan.
Sementara kaunter pengeluar sarung tangan getah yang lain – Top Glove melonjak lima sen kepada RM5.13 dan Hartalega menokok satu sen kepada RM9.47.
Urus niaga hari ini disokong oleh pemulihan dalam saham bermodal kecil selepas kemunculan kegiatan membeli saham ketika harga murah berikutan penjualan baru-baru ini yang menyaksikan Indeks Permodalan Kecil FBM meningkat 96.2 mata kepada 17,306.07.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan julat tipis 510 berbanding 502 sementara 689 kaunter tidak berubah, 476 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.
Jumlah dagangan menyusut kepada 5.91 bilion saham bernilai RM2.99 bilion daripada 6.39 bilion saham bernilai RM3.06 bilion pada Selasa.
Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata gelombang COVID-19 yang melanda rantau baru-baru ini menjejaskan risiko dengan tumpuan belian masih pada sarung tangan getah dan penjagaan kesihatan.
Sementara itu, beliau berkata sentimen dalam ekuiti global masih lagi disokong oleh pendirian Rizab Persekutuan AS yang memihak kepada pertumbuhan ekonomi yang membantu mengurangkan kebimbangan inflasi di pasaran.
Terdahulu hari ini, urus niaga di bursa tempatan bergerak dalam keadaan tidak menentu dan mengenepikan trend serantau dengan para pelabur mengambil sikap berhati-hati terhadap kemungkinan pengetatan keadaan kewangan di China yang sangat tidak menguntungkan bagi negara yang mempunyai hubungan perdagangan eksport yang kuat dengan China, seperti Malaysia.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, IHH Healthcare naik satu sen kepada RM5.40 dan CIMB menokok lima sen kepada RM4.28.
Maybank turun satu sen kepada RM8.31, Public Bank menyusut tiga sen kepada RM4.20, Tenaga susut empat sen kepada RM10.16, sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.88.
Bagi kaunter aktif, Minda turun 2.5 sen kepada 15 sen, Lambo tidak berubah pada dua sen, Ucrest naik 3.5 sen kepada 30.5 sen sementara Widad meningkat 4.5 sen kepada 53.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 19.07 mata pada 11,834.84, FBMT 100 meningkat 14.76 mata kepada 11,482.64, FBM Emas Syariah lebih tinggi 34.69 mata kepada 13,202.71, dan FBM 70 memperoleh 61.34 mata kepada 15,838.51
Bagaimanapun, FBM ACE merosot 115.37 mata kepada 9,333.5.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.16 mata kepada 194.92, Indeks Perladangan mengembang 24.8 mata kepada 6,968.82 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 36.35 mata kepada 15,121.23.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama menyusut kepada 3.39 bilion saham bernilai RM2.27 bilion daripada 4.35 bilion saham bernilai RM2.51 bilion pada hari Selasa.
Perolehan waran meningkat sedikit kepada 353.69 juta unit bernilai RM50.75 juta daripada 334.94 juta unit bernilai RM44.54 juta semalam.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.33 bilion saham bernilai RM674.41 juta daripada 1.7 bilion saham bernilai RM507.55 juta sebelumnya.
Produk dan perkhidmatan pengguna mewakili 949.57 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (815.26 juta), pembinaan (117.05 juta), teknologi (473.25 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (48.44 juta), harta tanah (293.82 juta), perladangan (20.83 juta), REIT (6.0 juta), dana tertutup (67,500), tenaga (366.45 juta), penjagaan kesihatan (46.61 juta), telekomunikasi dan media (36.79 juta), pengangkutan dan logistik (89.47 juta) dan utiliti (25.4 juta).
– BERNAMA

