• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Urus Niaga Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Urus niaga di Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Selasa dengan indeks utama terus berada dalam zon lemah berikutan kehendak risiko yang kurang bermaya di pasaran.

Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.72 mata kepada 1,606.7 daripada penutupan semalam iaitu 1,608.42.

Indeks utama dibuka 0.29 mata lebih tinggi pada 1,608.71.

Di pasaran meluas, kaunter rugi agak tinggi berbanding kaunter untung dengan 204 berbalas 195 manakala 1,266 kaunter tidak berubah, 493 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 789.59 juta saham bernilai RM292.27 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, dalam situasi kekurangan pemangkin baharu, bursa tempatan mungkin mengalami penyusutan selanjutnya tetapi kelemahan itu dapat ditampung oleh pemulihan teknikal.

Jumlah kes disahkan COVID-19 yang tidak stabil setiap hari yang mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan di  beberapa negeri juga boleh boleh memberi kesan kepada kelancaran pemulihan ekonomi, katanya.

“Kami percaya sektor terpilih yang berkaitan dengan tema pemulihan seperti pembinaan, harta tanah dan pengguna masih bergerak naik walaupun terdapat jumlah kes COVID-19 yang tidak stabil setiap hari.

“Selain itu, saham berkaitan dengan pembungkusan mungkin menjadi pilihan ekoran pelanjutan PKPB dan PKPP,” tambah firma penyelidikan itu menerusi catatan penyelidikannya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing susut satu sen kepada RM4.20 dan RM5.37, Petronas Chemicals turun 12 sen kepada RM7.86 dan Tenaga lebih rendah empat sen kepada RM10.20.

Top Glove menambah satu sen kepada RM5.26 sementara Maybank tidak berubah pada RM8.32.

Bagi kaunter aktif pula, Luster Industries turun 24 sen kepada setengah sen, CNI naik 20.5 sen kepada satu sen, Seacera tidak berubah pada 23.5 sen sementara Permaju susut 18 sen kepada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 11.37 mata kepada 11,876.97, FBM Emas Syariah jatuh 14.35 mata kepada 13,246.91, FBMT 100 menguncup 9.61 mata kepada 11,527.48, FBM 70 merosot 2.68 mata kepada 15,840.35 manakala FBM ACE lebih rendah 25.24 mata kepada 9,728.75.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri merosot 0.84 mata kepada 194.74, Indeks Perladangan turun 0.11 mata kepada 6,959.91 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih rendah 5.01 mata kepada 15,197.63.

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In