• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Jualan Ekuiti Malaysia Oleh Pelabur Asing Menyusut Kepada RM77.9 Juta Minggu Lepas

in Market Update
A A
Syarikat Dapat Manfaat Daripada Perubahan Indeks Konstituen

KUALA LUMPUR 27 FEBRUARI 2020. Pasaran saham Bursa Malaysia Indeks di Ibupejabat Bank RHB di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Penjualan ekuiti Malaysia oleh pelabur asing menyusut kepada RM77.9 juta bersih minggu lepas berbanding RM173.3 juta bersih yang dijual pada minggu sebelumnya.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata setakat  9 April, pelabur antarabangsa telah melupuskan RM1.8 bilion bersih atau US$437.0 juta bersih ekuiti tempatan di Bursa Malaysia tahun ini.

“Namun begitu, aliran keluar bersih asing Malaysia setakat tahun ini adalah kecil jika dibandingkan dengan rakan setaranya di ASEAN seperti Filipina dan Thailand, yang masing-masing mempunyai aliran keluar bersih melebihi US$900 juta (US$1= RM4.133),” katanya kepada Bernama.

Menurut Adam, Bursa Malaysia menyaksikan permulaan minggu lepas yang agak buruk dengan pelabur antarabangsa menjual RM41.6 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.

“Sentimen pada hari Isnin lembap berikutan meningkatnya jumlah kes penularan COVID-19 di India yang menyaksikan pekerja pejabat terpaksa bekerja dari rumah dan pusat beli-belah ditutup sepanjang April di Mumbai,” katanya.

Beliau berkata aktiviti penjualan bersih asing mendapat momentum pada Selasa dengan mencecah RM94.6 juta walaupun kenaikan semula harga minyak mentah telah meningkatkan daya tarikan aset Malaysia.

Walaupun begitu, Adam berkata dana asing pada Rabu, memperoleh RM157.1 juta bersih ekuiti tempatan, terutamanya saham sarung tangan getah, sekali gus melonjakkan harga saham Top Glove, Supermax dan Hartalega sekurang-kurangnya 10 peratus.

“Minat untuk kaunter sarung tangan kembali ‘hidup’ berikutan gelombang terkini pandemik COVID-19 di Eropah dan India yang pastinya telah mendorong permintaan yang lebih tinggi untuk sarung tangan getah,” tambahnya.

Bagaimanapun, Adam berkata aliran masuk bersih asing yang banyak itu tidak bertahan lama dengan dana asing mengeluarkan RM43.5 juta pada Khamis memandangkan penularan koronovirus di Asia telah mengurangkan kehendak risiko.

Urus niaga Jumaat menyaksikan aliran keluar bersih asing sebanyak RM49.9 juta kerana sentimen secara keseluruhan lebih bercampur-campur, katanya.

Menurut Adam, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.6 peratus pada  Jumaat, dirangsang oleh peningkatan saham-saham telekomunikasi seperti Digi dan Axiata berikutan berita penggabungan antara dua syarikat gergasi telekomunikasi berkenaan.

“Pada masa sama, para pelabur turut “menghadam” kenaikan yang tidak dijangka dalam tuntutan pengangguran mingguan AS, yang menandakan pemulihan tidak sekata di pasaran tenaga kerja,” kata beliau.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In