KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Kontrak anak syarikat milik penuh GFM Services Bhd, Global Facilities Management Sdn Bhd dengan Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd telah disambung sehingga dua tahun lagi, dari 1 April, 2021 hingga 31 Mac, 2023.
Di bawah kontrak bernilai RM6.3 juta itu, GFM akan menguruskan lima kawasan di dalam premis Educity Iskandar Malaysia (Educity), iaitu EduCity Compound, Hab EduCity, Kompleks EduCity 2, Perkampungan EduCity, dan Kompleks Sukan EduCity di Iskandar Puteri, Johor.
Ia juga turut bertanggungjawab menyediakan pengurusan perkhidmatan serta perkhidmatan pengurusan kemudahan untuk EduCity.
Pengerusi Eksekutif GFM Ruslan Nordin dalam satu kenyataan hari ini berkata lanjutan kontrak untuk menguruskan hab pendidikan terkemuka itu membuktikan keupayaan yang dimiliki syarikat akan keperluan EduCity dan kualiti perkhidmatan yang diberikannya.
“Faktor-faktor ini sangat penting pada waktu kami sedang berusaha untuk menjaga persekitaran yang aman dan kondusif ketika pandemik COVID-19 dengan mengikuti prosedur operasi standard kerajaan, mengukuhkan kedudukan kumpulan sebagai syarikat yang berpengalaman pada masa krisis.
“Peluang ini meningkatkan reputasi kami sebagai salah satu penyedia perkhidmatan pengurusan kemudahan terkemuka untuk institusi pengajian tinggi. Melangkah ke hadapan, kami tetap fokus untuk meningkatkan kecekapan




