• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Terus Catat Keuntungan Untuk Ditutup Tinggi Petang Ini

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia ditutup tinggi petang ini untuk hari kedua berturut-turut, dirangsang oleh sokongan belian berterusan untuk kaunter berwajaran tinggi, didahului oleh kaunter penjagaan kesihatan.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) lebih tinggi 1.81 mata kepada 1,602.40 berbanding 1,600.59 ketika ditutup pada urus niaga petang Rabu.

Pagi ini, indek utama dibuka rendah 0.78 mata kepada 1,599.81 dan bergerak antara 1,596.64 dan 1,609.39 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 569 berbalas 504 manakala 482 kaunter tidak berubah, 601 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 7.60 bilion saham bernilai RM4.89 bilion daripada 6.30 bilion saham bernilai RM3.62 bilion pada Rabu.

Sementara itu, prestasi pasaran serantau lebih kepada bercampur-campur dengan Indeks Straits Times Singapura menyusut 0.27 peratus kepada 3,187.01, Nikkei Jepun lemah 0.07 peratus kepada 29,708.98, Hang Seng Hong Kong menokok 1.16 peratus kepada 29,008.07 dan Kospi Korea Selatan menambah 0.19 peratus kepada 3,143.26.

Saham Asia mengambil petunjuk daripada kenaikan berhati-hati semalaman Wall Street selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengulangi komitmennya untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah sehinggalah ekonomi AS mempamerkan pemulihan yang lebih terjamin.

Di pasaran tempatan pula, pencarta kanan Maybank Investment Bank Bhd, Nik Ihsan Raja Abdullah berkata bursa tempatan dibuka rendah tetapi pulih selepas itu untuk berakhir lebih tinggi.

Bagaimanapun, bursa menyaksikan dagangan turun naik selepas sesi rehat tengah hari berikutan kegiatan pengambil untung, diketuai oleh Malayan Banking Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd serta diselangi oleh belian berterusan di kaunter sarung tangan.

“”Pergerakan harga di pasaran agak bercampur-campur walaupun kegiatan membeli semasa harga saham murah kini beralih ke pasaran bermodal kecil dan Pasaran ACE.

“Selain itu, para pelabur dan pedagang yang bernilai kini mulai kembali ke tema penjagaan kesihatan selepas diniagakan dalam trend menurun sejak Oktober tahun lepas,” kata beliau kepada Bernama.

Sementara itu, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim memberitahu bahawa kaunter sarung tangan paling menonjol dalam kalangan pelabur hari ini dengan Top Glove, Hartalega dan Supermax mencatatkan keuntungan sekurang-kurangnya 10.0 peratus pada hari Khamis.

“Dorongan untuk kaunter sarung tangan disebabkan oleh penularan virus gelombang ketiga dan keempat di Eropah dan beberapa bahagian di Asia, terutama India,” katanya.

“Indeks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia muncul sebagai pencatat keuntungan terbesar, melonjak 4.73 peratus sementara sektor lain yang bergantung kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhan seperti perbankan, turun 1.1 peratus kerana peningkatan kes COVID-19 boleh menimbulkan ancaman terhadap jangkaan pemulihan ekonomi,” jelas beliau.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 20 sen kepada RM8.28, Public Bank menyusut satu sen kepada RM4.21, Petronas Chemicals lebih rendah 15 sen kepada RM7.80, Tenaga berkurangan 12 sen kepada RM10.14 dan IHH Healthcare merosot 10 sen kepada RM5.30.

Bagi kaunter aktif pula, LKL meningkat 16.5 sen kepada 45 sen, Luster lebih tinggi satu sen kepada 24.5 sen, AT Systematization menokok 1.5 sen kepada 11 sen, Macpie naik setengah sen kepada 10 sen, dan HLT menambah 23.5 sen kepada RM1. 09.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 16.71 mata kepada 11,862.70, FBMT 100 meningkat 11.04 mata kepada 11,507.80, FBM Emas Syariah melonjak 100.13 mata kepada 13,223.11, FBM ACE mengembang 291.55 mata kepada 9,929.09 dan FBM 70 meningkat 7.64 mata hingga 15,856.14.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 91.31 mata kepada 6,986.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 1.09 mata kepada 193.79 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 165.76 mata kepada 15,213.45.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.26 bilion saham bernilai RM3.83 bilion daripada 4.04 bilion saham bernilai RM3.10 bilion pada hari Rabu.

Perolehan waran mengukuh kepada 500.23 juta unit bernilai RM59.73 juta daripada 277.05 juta unit bernilai RM44.83 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.83 bilion saham bernilai RM1.0 bilion daripada 1.98 bilion saham bernilai RM474.41 juta pada hari Rabu.

 Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 734.06 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.66 bilion), pembinaan (185.17 juta), teknologi (393.56 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (72.87 juta), harta tanah ( 411.67 juta), perladangan (29.65 juta), REIT (8.74 juta), dana tertutup (4,000), tenaga (340.83 juta), penjagaan kesihatan (224.12 juta), telekomunikasi dan media (50.83 juta), pengangkutan dan logistik (120.40 juta) dan utiliti (29.22 juta).

– BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In