• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Dalam Zon Positif

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi ini dalam zon positif, dirangsang oleh sokongan belian berterusan ke atas saham berwajaran tinggi, didahului oleh kaunter penjagaan kesihatan.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 1.69 mata kepada 1,602.28 daripada 1,600.59 ketika ditutup pada urus niaga petang Rabu.

Indeks utama pagi ini dibuka rendah 0.78 mata kepada 1,599.81 dan bergerak antara 1,599.51 dan 1,609.39 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Bagaimanapun, di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 519 berbalas 486 manakala 419 kaunter tidak berubah, 732 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.54 bilion saham bernilai RM2.61 bilion.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan dibuka lemah sedikit tetapi kemudiannya meningkat dan kekal dalam trend menaik sehingga sesi pagi berakhir, didorong oleh kegiatan belian untuk kaunter sarung tangan yang sekali gus menyokong indek barometer.

“FBM KLCI dapat bertahan melepasi paras 1,600 hari ini, tetapi sentimen tetap tidak menentu kerana ketiadaan pemangkin belian yang jelas,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau menambah bursa serantau yang setaranya mempamerkan prestasi bercampur-campur, mengambil petunjuk daripada dagangan berhati-hati di Wall Street.

Untuk prestasi serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.05 peratus kepada 3,197.49, Nikkei Jepun 0.25 peratus lebih rendah kepada 29,747.46, Hang Seng Hong Kong meningkat 0.83 peratus menjadi 28,913.50 dan Kospi Korea Selatan turun 0.04 peratus kepada 3,136.49.

Di pasaran tempatan, dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 18 sen kepada RM8.30, Public Bank menyusut dua sen kepada RM4.20, Petronas Chemicals lebih rendah 10 sen kepada RM7.85, Tenaga berkurangan empat sen kepada RM10.22 dan IHH Healthcare turun lapan sen kepada RM5.32.

Bagi penyumbang indeks teratas, Top Glove meningkat 42 sen kepada RM5.33, Hartalega melonjak 74 sen kepada RM9.90, Supermax mengukuh 63 sen kepada RM4.66 dan Maxis naik sembilan sen kepada RM4.69.

Bagi kaunter aktif, LKL meningkat 15.5 sen kepada 44 sen, Luster menokok dua sen kepada 25.5 sen, AT Systematization dan KTG naik setengah sen, masing-masing kepada 10 sen dan 27.5 sen dan Berjaya Corp menambah satu sen kepada 46 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.54 mata kepada 11,860.53, FBMT 100 meningkat 9.90 mata kepada 11,506.66, FBM Emas Syariah melonjak 91.42 mata kepada 13,214.40, FBM ACE mengukuh 283.53 mata kepada 9,921.07 dan FBM 70 naik 5.19 mata menjadi 15,853.69.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 90.43 mata kepada 6,987.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menyusut 0.83 mata kepada 194.05 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih rendah 160.20 mata kepada 15,219.01.

– BERNAMA

Share237ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In