Baru-baru ini CCK ada mengeluarkan Quarter Report dan banyak perkara yang kita boleh perhalusi mengenainya. Jom kita tengok beberapa fakta mengenai CCK dan tengok sama ada ianya merupakan sebuah syarikat yang baik untuk dilaburkan.
1. Syarikat CCK Consolidated Holdings adalah nama terkumpul untuk CCK dan anak syarikatnya. CCK secara umumnya terlibat dalam sektor penternakan, makanan laut, pelaburan dan kenderaan awam.
CCK telah ditubuhkan pada 5 Ogos 1996 sebagai syarikat pelaburan dan telah tersenarai sebagai Second Board of the Kuala Lumpur Stocks Exchange pada 10 Disember 1997. Founder syarikat ini adalah Su Kouk Tiong dan berpusat di Kuching, Malaysia.
Bisnes mereka kebanyakannya dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Indonesia.
2. Dalam sektor makanan laut, CCK terlibat dalam agrikultur udang dan pemprosesan udang yang juga kebanyakan produk mereka dieksport ke luar negara. Antaranya Australia, Hong Kong, Japan, Dubai, Vietnam dan Indonesia.
Mereka juga mengendalikan makanan sejuk beku di Malaysia sebagai pembekal. Untuk sektor penternakan syarikat ini menjadi pembekal termasuklah mempunyai ladang penternakan dan pembiakan ayam.
Pusat penyembelihan ayam syarikat ini dilengkapi dengan fasiliti penyimpanan sejuk dan set-up logistik yang lengkap. Di sana telah dilengkapi juga dengan teknologi pembiakan yang terbaharu iaitu bahagian penetasan telur dikawal oleh komputer dan penyembelihan secara automatik.
Teknologi ini mampu memproses 30,000 ekor ayam sehari. Sejak penubuhan kedai runcit mereka di Sibu pada tahun 1970, rangkaian mereka telah berkembang lebih dari 60 buah kedai runcit di seluruh Sabah dan Sarawak. 60% produk daripada kedai runcit syarikat ini menguruskan produk ayam dan 40% lagi menguruskan produk makanan sejuk beku, telur, sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

3. Pada tahun 2020 yang seperti kita tahu menjadi satu tahun yang agak kurang baik untuk kebanyakan bisnes yang berjalan. CCK juga tidak terkecuali daripada mengalami kerugian.
Pada suku tahun kedua 2020, syarikat ini telah rugi dengan kadar 0.3% kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik melanda berbanding suku yang sama untuk 2019. Tetapi CCK tidak berputus asa begitu sahaja. Selepas PKP keuntungan mereka meningkat dengan kadar 10.8% pada suku keempat tahun 2020.
CCK telah membuka cawangan pasaraya yang pertama bernama CCKLocal pada 31 Julai 2020 di Kuching. Pada ketika itu, syarikat ini telah menamatkan suku tahun keempat 2020 dengan rekod 63 buah Kedai Runcit Fresh Mart dan 1 buah Pasaraya CCKLocal. Untuk operasi kedai runcit di Indonesia telah menyumbang keuntungan yang tetap sebanyak 16%.

4. Merujuk kepada Quarter Report CCK Consolidated Holdings ini telah mencatatkan keuntungan yang tertinggi pada suku tahun yang terbaharu iaitu suku tahun keempat 2020. Keuntungan tersebut berjumlah RM177,405,000.00 atau seratus tujuh puluh tuju juta empat ratus lima ribu ringgit.
Kita dapat lihat juga kenaikan keuntungan tertinggi ini meningkat sebanyak 20% berbanding suku tahun sebelumnya. Dengan keuntungan yang semakin meningkat ini, CCK bercadang untuk membuka banyak lagi cawangannya pada tahun 2021 di Sarawak sebanyak 4 buah dan di Sabah sebanyak 3 buah.
5. Pada suku satu tahun 2018 CCK telah mencatatkan keuntungan bersih tertinggi berjumlah RM12,411,000.00 atau dua belas juta empat ratus sebelas ribu ringgit. Kenaikan YoY CCK juga merekodkan sebanyak 172%.
Pada tahun itu CCK dikatakan mengembangkan bisnesnya dengan membina banyak lagi cawangan kedai runcit mereka. Kestabilan bilangan permintaan produk ayam di Sabah dan Sarawak memberikan peluang besar kepada CCK untuk meningkatkan pengeluaran produk mereka.
Sehubungan dengan itu syarikat ini mula mengeluarkan produk yang bercampur dengan buah-buahan dan sayur-sayuran agar dapat menambahkan lagi penjualan produk syarikat ini.

6. Untuk highlight kewangan tahunan CCK, mereka dilihat membuat kenaikan yang baik untuk setiap tahun. Menjelang pada 31 Disember 2019, syarikat ini telah merekodkan keuntungan sebanyak RM659,700,000.00 atau enam ratus lima puluh sembilan juta tujuh ratus ribu ringgit yang mana telah meningkat sebanyak 5.93% berbanding tahun 2018.
Pada hujung tahun 2019 itu, CCK mencatatkan bilangan kedai runcit sebanyak 62 buah. Untuk tahun 2018 sebenarnya syarikat ini hanyalah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM42,891,000.00 atau empat puluh dua juta lapan ratus sembilan puluh satu ribu ringgit.
Syarikat mempunyai kenaikan sebanyak 24.81% kerana tunggakan insuran sebanyak RM3,500,000.00 atau tiga juta lima ratus ribu ringgit.
7. Walaupun berlaku Perintah Kawalan Pergerak (PKP) yang kedua akibat peningkatan semula kes Covid-19 pada awal tahun 2021, CCK pada FY20 masih lagi meningkat sebanyak 8% Year-of-Year (YoY) kepada RM36,000,000.00 atau tiga puluh enam juta ringgit.
Peningkatan CCK ini tidaklah mengejutkan kerana Sarawak pernah menjadi satu-satunya negeri yang kawalan pergerakkannya dilonggarkan kerana kes Covid-19 di sana agak kurang dan hanya berlaku Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Satu lagi penyumbang utama kepada CCK ini untuk meningkat walaupun dalam keadaan pandemik yang tidak menentu ini adalah kerana operasi CCK di Indonesia sangatlah memberangsangkan dengan adanya dua buah pasaraya terbaru yang dibina di sana.
Tetapi pada masa yang sama terdapat beberapa perkara yang dibawa ketengah untuk CCK adalah harga makanan kian meningkat yang mana akan juga memberi sedikit kesan kepada kos struktur pengeluaran produk penternakan syarikat ini.
8. Supply bermaksud bekalan dan demand pula permintaan. Semakin tinggi permintaan pelabur terhadap sesuatu saham, harga saham berkenaan akan naik.
Jika sesebuah syarikat mempunyai pegangan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu indikator yang baik kerana semestinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang mempunyai potensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.
Saham yang ringan akan menyebabkan kenaikan harga saham dengan cepat. Ringan bermakna bilangan unit saham yang diapungkan adalah sedikit.
Kita juga perlu tahu tentang jumlah saham yang diapungkan atau public float shares bagi saham sesebuah syarikat. Public float shares ini memberi makna bilangan unit saham syarikat yang dibuka kepada orang awam.
Public float shares yang baik haruslah tidak melebihi 50.0%. Public float shares untuk CCK adalah sebanyak 29.38% dan jelaslah ianya baik kerana tidak melebihi 50.0%.

9. Daripada gambar di atas kita dapat lihat beberapa “jerung” berada di dalam kaunter CCK yang memberi petanda baik kepada perkembangan syarikat ini. Sekiranya terdapat jerung atau pelabur institusi di dalam syarikat seperti CCK ini, hal ini akan memberikan signal yang bagus bahawa saham syarikat ini mempunyai fundamental yang baik.
Kebiasaannya para pelabur institusi mempunyai pakar-pakar analisa yang menganalisa syarikat daripada segi prestasi kewangan, hala tuju dan perkembangan perniagaan. Jadi kita dapat lihat beberapa pelabur institusi seperti Kenanga Investors Bhd, Employees Provident Fund Board, Kenanga Growth Fund, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan lain-lain.


10. Berdasarkan carta harga saham di atas, kita akan dapat lihat harga saham syarikat ini berada dalam keadaan sideways tetapi ada juga membuat minor uptrend. Market direction yang ditunjukkan pada carta harga saham CCK ini kita dapat simpulkan para pelabur atau pedagang boleh menentukan pembelian mereka dengan melihat keadaan harga saham tersebut.
Dengan adanya beberapa catalyst dan laporan suku tahunan yang baik, sesetengah pengkaji menjangkakan kenaikan harga saham. Tetapi dalam saham, kita harus selalu ingat risiko melabur terletak di tangan anda sendiri.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)